Friday, June 26, 2009

Tentang kami

Tentang Batrisyia

Sejak 3 hari lepas, Batrisyia masuk tidur awal. Dia tak mkn malam langsung. Tak la risau sbb dia masih di bawah umur setahun. Susu masih merupakan makanan utama dia. Malam tadi, dia mula makan kembali.

Ingatkan nak bg dia bubur nasi tapi bila buka peti ais, baru perasan yg bubur nasi dah habis. Yang tinggal hanyalah kurma+soft tofu puree, green puree dan pelbagai spagheti. Last time bagi Batrisyia spagheti, dia mcm tak reti nak kunyah. Sudahnya, aku terpaksa lenyek bg hancur.

Tapi mcm malam tadi, tergerak hati nak cuba bg spagheti semula sbb aku rasa dia dah tau mengunyah. Sejak dia bergigi.. sejak dia tau yg dia boleh gunakan gigi dia utk menggigit (yes, habis dia gigit Mr. Tiger, small bear Aqil, gigit span, gigit tisu, gigit buku... ), masa kitorang dinner malam td, aku cuba bg dia nasi kosong. Boleh nampak dia mengunyah. Betul kata Mama Miya. Baby akan kunyah guna gusi dia. Aku mmg suka tgk Miya. Walaupun tak bergigi, sushi pun dia leh mkn! Hehe.. serious nie Ija. Sungguh kagum dgn anakmu. Teringin nak jumpa dia.

Jadi, Batrisyia mkn spaghetti malam td. Spaghetti with Peas Pesto. Kali nie aku x lenyek. Bagi begitu aje. Dan dia mengunyah sambil tgk Upin dan Ipin. Alhamdulillah, tak tercekik pun. Tapi kena la monitor. Jgn la biarkan je kan?

Talking about Upin dan Ipin. Batrisyia skrg pantang je nampak abi dia buka laptop. Dia dah tau yg dia nak tgk cite tu. Hubby ada download Upin dan Ipin episode 7-11. Mcm episode raya tu, ada CD. Tu je la dia dok layan sampai umi dgn abi dia pun dah hafal dialog!

Kami perasan ada beberapa scene yg dia suka dan selalunya dia akan tersengih atau tergelak.
-Scene Upin dan Ipin bentang tikar.. di mana Upin dan Ipin tergulung dlm tikar tu.
-Scene diorg dtg raya rumah Atok. Bila atok suruh diorg naik, tiba2 budak2 lain muncul dr tempat persembunyian. Atok tu ada ckp, "Aku dah terkena". Ni mmg confirm dia akan gelak.
-Semua scene yg ada muka Atok.
-Semua scene yg ada suara Atok.
-Scene ayam jantan.

Aku bangga dgn Upin dan Ipin sbb ia dr Malaysia. Batrisyia suka sgt! Kalau buka Barney ke, Mickey Mouse ke.. mmg la dia layan tp sekejap je. Kalau buka Upin dan Ipin, mmg terus terpaku. Tak sabar nak tunggu Upin dan Ipin: Ke Angkasa. Boleh bwk Batrisyia pegi tgk.

Tentang hubby

Malam nie nak kena kemas baju-baju dia utk dibawa ke JB. Better gosok semua baju yg diperlukan. Tak payah dia gosok kat sana. Dgr cerita, it's a big event. Tak tahu la brp diorg bayar Astro utk promote World Cup.

Keje kat situ, susah nak pegi outstation sbnrnya. Jarang ada. Bila dpt pegi, pegi je la kan. Terbuntang bijik mata aku bila dpt tau elaun outstation utk sehari. Cukup la aku kata yg ianya LUMAYAN. Alhamdulillah, rezeki keluarga.

Tinggal la kami berdua minggu nie =)

Tentang aku

Esok aku akan memandu pulang ke Sban.. berdua bersama Batrisyia yg akan 'diikat' di baby car seat.. di mana minah ni skrg cepat je rasa boring.. di mana aku akan lalu North-South Expressway yg sgt aku fobia sejak accident satu masa dulu.. walala... risau sikit nie! Jgn la anak aku mengamuk.

Hubby tau aku dah fobia. So dia suruh aku ikut dia dr blkg. Hehe.. xpe la ye.. tak sanggup nak tunggu korang pegi shopping daging kat blkg Times Square tu. Baik kitorang gerak dulu.

Harap semuanya selamat esok.

3 scribble(s):

Stephanie Liah said...

huhu..resipi ade kat main profile i..u click blog recipi i..hehe,sharing is caring.

Mama-Miya a.k.a MiuMiu a.k.a "Jedi Hopeful" said...

wah wah...admire miya lak...well ni la dunia Allah, yg tua masih boleh learn from the young. bila kita tgk anak tu, kita tau kebesaran kuasa tuhan kan? camne bijak Allah create anak kita utk naturally learn things.

kena tinggal, sedih tu. i tokleh berjauh dgn hubby. rasa cam mati kutu ooo (walaupun takde kutu). huhuhu..

drive sorang? macho tu. kalau i, takde aa..phobia..nak lak terpikir buatnye anakku melalak time tgh drive. rela ku naik bus, keretapi...or kapal terbang...but tp smlm naik plane miya buat perangai pun i naik sakit kepala. mujo ada papa dia nak tolong. tau tak, miya buleh berdiri dlm bassinet & buat announcement cam peramugari. then dia berceramah/bersyair lak kat situ. then dia nak turun nak melawat satu airbus tu. bila tahan, dia amuk..adus..mujo mama dia tak migraine..

Liz said...

mama miya> membaca komen mu membuatkan ku teringat apa yg dah jd pagi td.

so far,xde rasa mati kutu lg sbb kat rumah parents. maybe esok bile dah blk umah sndr, baru nak rasa mati kutu. huhuhu.

wah,agaknya miya berlatih nak jd pramugari kot. ada bakat ni!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.