Sunday, June 28, 2009

Pengalaman memandu bersama Batrisyia

Skrg dah pukul 12.35am. Batrisyia telah tido. Harap dia dpt tido nyenyak sbb uminya dah kepenatan. (Dan terbayang hubby kat hotel yg tgh sedap berendam dlm bath tub.. arghh!).

Batrisyia tak dpt tido sgt siang tadi. Maybe sbb kat rumah nie ramai org dan semua org bercakap. Dia susah nak tido. Kalau kat rumah tu, suasana sunyi je. Bila dah ngantuk tapi x tido, dia mengamuk. Nak berkepit je. Sampaikan dia nangis syahdu-syahdu mengalir air mata masa mak aku tlg dukungkan dia time aku potong rambut.

Yerp, rambut telah dipotong. Sbb Batrisyia dah melalak, maka tak sempat nak minta shampoo kan rambut secara percuma.

Memandu bersama anak pagi tadi sgt mencabar. Lepas hantar hubby kat office, kami pun gerak ke Seremban dalam pukul 10 pagi. Elok je sampai kat TUDM tu, Batrisyia dah mula merengek. Sampai tol Sg. Besi, melalak terus. Terpaksa pujuk sambil drive. Sudahnya berhenti kat Perhentian Serdang. Parking lak penuh. Aku parked je kat tepi susur keluar. Susukan Batrisyia. Masa tu, sekumpulan pemandu bermotor dah mula sibuk 'beratur' utk masuk je highway semula. Sorang Marshall dilihat berjalan ke arah kereta aku. Aku dpt agak yg dia nak suruh aku ke belakang sikit. Sekali bila nampak aku tgh susukan anak, terus dia x jadi nak suruh. Dia paham. Dlm pukul 10.30 pagi, baru la gerak semula ke Sban. Dlm perjalanan tu. terpaksa la aku layan dia main dgn Mr. Tiger. Bila hampir sampai di area Labu, dia dah tidur. Alhamdulillah......

Esok taktau la camne pulak. Esok aku akan ikut jalan lama je. Lalu Bukit Mantin, masuk Lekas Expressway. Harapnya Batrisyia tak meragam. Pening kepala aku nanti.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.