Thursday, June 25, 2009

Mini Open Day & 2nd Birthday Bash Puteri Sara Azalea

Aku sepatutnya menghadiri Mini Open Day & 2nd Birthday Bash Puteri Sara Azalea yg dianjurkan oleh Butik Sarakids hari Ahad nie. Mmg awal-awal lagi dah marked kat my calendar. Everyweek ingatkan hubby. Teringin sangat nak tgk butik tu. Cuma selama ni tak sempat pegi sbb kat Shah Alam. Kami jarang ke Shah Alam.

Bila aku masuk Bonda's Day Contest dan bila Farah ckp, semua peserta akan dpt hadiah walaupun tak menang hadiah utama, seronok la jugak. Plus, boleh dijadikan alasan utk ajak hubby pegi sana.

Bila Farah ckp psl potluck, aku juga dah fikirkan makanan apa yg nak dibawa.

Tapi kita hanya mampu merancang.

Semalam, hubby diberitahu yg dia kena outstation ke JB hujung minggu nie. Dia akan pegi dgn Gumana dari Sabtu hingga Isnin mewakili South Africa dlm program anjuran Astro. This time, mereka nak promote World Cup!

Ok, at first aku tak kisah sbb aku leh la kot drive ke Shah Alam tu. Susah-susah, ikut je kereta Sue. But then, hubby nasihatkan aku balik ke Seremban atau tinggal di Cheras. Pendek kata, jgn tinggal kat Langat sbb dia risaukan aku dgn Batrisyia berdua je. Kalau jadi apa-apa, susah. (Walaupun ada jiran tp jiran x semestinya sentiasa ada kat rumah kan?).

Hmm, tak dpt nak pegi tgk Sarakids =(

-Update at 2.15pm-

Hubby ajak pegi ikut dia ke JB sbb dia dan Gumana duduk bilik asing-asing dan bilik yg ditempah tu sgt mahal (dan cantik, agaknya la). Jadi, dia mau berkongsi bilik tu dgn anak dan isterinya.

Wah, baiknya.

Tapi dia balik hari Isnin. Dan aku ni pekerja yg baik, taknak ambil cuti sbb khamis tu dah la minta blk awal sbb nak bwk anak pegi check up. Yer, baik.. baik.

Jadi, ku fikir biarlah hubby belajar menjadi single semula utk 3 hari nie. Anggaplah ini hadiah harijadimu yg ke-40. (Dia kata, jgn mention psl '40'.. eekkeke). Lagipun, dia dah baik hati nak jagakan Batrisyia masa aku pegi tangkap lentok masa konsert Anuar Zain nanti. Bagi la dia berehat dr menjaga anak buat seketika.

Berdua je dgn anak minggu nie? Wah, mcm best je. Sapa nak join?

1 scribble(s):

precious innocent said...

lor.. x pe ke?? aisey...

:(

-mama emma-

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.