Wednesday, June 03, 2009

Cerita hujung minggu kami

My parents telah selamat sampai di Makkah.

FRIDAY
Hari ni kerja setengah hari je. Ingatkan kena blk Sban utk konvoi beramai-ramai ke KLIA tp last-last, kami tunggu di KL aje. Jadi, aku dgn hubby pergi tgk Terminator Salvation. Tiket telah ditempah awal-awal bg mengelakkan kekecewaan dlm memilih tempat duduk.

Kami dpt duduk di row paling belakang.. dan tgh-tgh. Best!

Wallaweih, best la Terminator kali nie. Best sbb Skynet dah berleluasa di muka bumi. Dlm filem-filem Terminator yg terdahulu, kita hanya kenal 2 buah robot. Kali ni, byk giler dan byk jenis robot korang boleh tgk… T800 (kalau x silap), Mototerminator, Nenominator..aih, x dpt aku nak ingat semua jenis. Gerun jugak kalau perkara ni benar-benar berlaku satu hari nanti.

Christian Bale membawa watak John Connor dgn berkesan. John Connor yg kita kenal dlm 2 filem yg sblmnya sgt berbeza dgn John Connor yg ditampilkan dlm Terminator Salvation. Tiada lagi John Connor yg penakut, seperti hilang arah dan kurang berpendirian. John Connor kali ni ialah John Connor yang berani membuat keputusan dlm segala aspek. Seorang pejuang!

Okay, xnak la cerita panjang-panjang sbb kekurangan masa. Korang boleh tgk kat pawagam yg berdekatan. Kalau nak belanje aku tgk lagi sekali pun boleh. Hehe…

Lepas tgk wayang, kami terus blk. Hubby hantar aku ke LRT Pandan Indah sbb aku parked kereta kat sana. Then, ambil Batrisyia. Rehat kat rumah dlm setengah jam. Pastu terus gerak ke Masjid Sultan Abdul Samad di area KLIA.

Kat sana, my family and keluarga makcik dah tunggu. Semua org solat dulu. Lepas Isyak, baru la gerak ke KLIA.

Rombongan dikehendaki berkumpul pada pukul 10 malam. Tp menjelang 10 malam, ustaz yg handle visa jemaah masih belum muncul. Dia kata, ada visa yg belum siap. Pukul 11 malam, baru ustaz tu muncul. Flight pukul 2 pagi. So masih ada byk masa. Mereka uruskan bagasi dulu. Bila urusan bagasi selesai, baru la ahli keluarga masing-masing beredar. Takde la nak tunggu lama-lama. Mata dah ngantuk. Batrisyia dah terlentok. Lambat dia tido. Pkul 12 malam baru dia lelap mata.

Pukul 12.15 pagi, kami beredar. Aku tidur dlm kereta. Tak tahan mata nie. Kami semua pulang ke Seremban dan masing-masing (kecuali aku) lambat bgn pagi tu.

SABTU
Kami anak beranak pulang ke KL pada pukul 12.30 tgh hari. Kena balik sbb malam tu ada barbeque kat rumah. Singgah rumah Elaine kejap sbb nak ambil vinyl and leather polish yg dipesan. Then, pegi Tesco utk pegi mkn. Masa tgh mkn, abang Nasir (jiran kami) called and beritahu yg barbeque mlm tu dibatalkan sbb anak tuan rumah nak gi konsert Lefthanded.. ceh!

Petang baru kami sampai kat rumah. Masa tu, abang Nasir and anak-anak tuan rumah tgh berborak di luar. Aku kemas-kemas brg kat rumah. Hubby kat luar dgn borak dgn abang Nasir. Dipendekkan cerita, barbaque pada mlm tu diteruskan.

Petang tu jugak diorg pegi cari ikan-ikan utk dibakar. Malam tu, kami semua mkn ikan bakar sampai kenyang. Ada ikan keli, pari, kembung, talapia dan ayam. Ditambah pulak dgn air asam yg dibuat oleh kak Efi.. pedas weih!!

AHAD
Hari ni ialah Hari Mengemas Rumah. Dari stor kat blkg sampai la ke laman rumah. Semuanya dikemas. Baju pun aku cuci. Hubby sidai. Hehe.. Penat tp puas hati sbb dpt mengemas rumah dgn jayanya.

Lepas Zuhur, kami blk ke Cheras sbb nak bawa MIL pergi berurut. Lepas Maghrib baru la kami blk ke rumah. Masa ni kelam kabut sikit sbb tiba-tiba dpt tahu yg ada sedara nak dtg rumah. Tapi x perlu nak masak berat-berat sbb diorg singgah rumah SIL dulu. Kat rumah kami, just minum malam aje. Hoho, nasib baik dah kemas rumah. Hahaha.

Malam tu, kawasan rumah kami meriah dgn nyanyian anak-anak buah yg buat konsert sendiri.

Bila dah terima kunjungan tetamu yang ramai nie, baru la dpt detect ape yg kurang kat rumah tu. Lepas nie boleh la pegi IKEA.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.