Wednesday, June 24, 2009

Bermesra bersama jiran-jiran

Cerita hujung minggu kami bersambung..

Selepas ber GGF di Endah Parade, kami pulang ke rumah. Cuaca yg segar dan nyaman di kawasan kampung membuatkan hubby teringin nak makan ubi kayu goreng bersama kopi O. Menggoreng ubi kayu la kami pd ptg tu.

Kami jarang ada di rumah semasa hujung minggu. Ada je program luar yg terpaksa dihadiri. Tapi kali nie kami pk nak duduk rumah aje. Nak bermesra dgn jiran-jiran. Dah la kami org pertama yg keluar ke tempat kerja di waktu pagi. Kami juga la yg paling lewat pulang. Sudahnya, x sempat nak bermesra dgn jiran.

Ptg tu, hubby bwk Batrisyia berjalan di kawasan rumah sementara aku siapkan sedikit kerja. Abg Nasir dan makcik (tuan tanah) pun tgh lepak kat luar tu. Bila kerja dah siap, baru la aku join diorg.

Pokok-pokok rambutan dah mula 'merah dan kuning'. Hehe.. maknanya buah dah masak. Nak mkn? Petik aje! Pokok duku langsat pun dah berbuah. Wah, leh terus makan direct dr pokok. Mcm petik anggur lak. Kedondong pun dah berbuah. Ni tinggal manggis dan durian aje. Eh, durian belanda blkg rumah aku, ntah-ntah dah ada buah gak. Pendek kata, kat kawasan rumah aku tu mmg meriah dgn pokok buah-buahan.

Aku bertuah sbb ada jiran-jiran yg baik. Semenjak diorg tau ttg kejadian EBM aku kena buang gara-gara elektrik tripped kat rumah masa kitorang blk kg, jiran-jiran aku la yg tlg tgk2 kan rumah setiap kali hujan turun dgn lebatnya. Kalau kilat ke, diorg akan tgk samada letrik trip ke tak. Kalau takde letrik, diorg on kan semula. Makcik mmg ada kunci rumah kami.

Pernah sekali tu, aku jemur kain kat ampaian. Sumpah cuaca sgt panas terik masa kami keluar kejap. Rupanya, 5 minit pastu.. terus mendung. Pastu hujan. Kitorang yg masa tu ada kat Cheras, hanya tau hari nak hujan 2 jam lps tu. (Ni kes Langat dah hujan dulu la). Masa tu dah sedih dah sbb penat2 je basuh baju tau. Tapi bila sampai je rumah, kain takde kat ampaian. Makcik dah angkatkan dan letak dlm rumah kami.

Mane nak cari jiran baik mcm tu? Okay, maybe kat rumah aku kat Seremban, boleh cari jiran mcm tu. Kat KL? Entah la.. org KL ni kan buat hal sndr je.

Dgr cerita Sabtu nie nak buat ikan bakar lagi. Wah wah wah.. best!

Batrisyia leka pandang-pandang atas sbb tgk pokok rambutan.


Ayam-ayam peliharaan makcik. Byk tau. Mau 40 ekor! Dlm gambar nie sikit je.

Batrisyia dgn ayam. Dia mmg leka tgk ayam jantan.
Agaknya sbb dia perasan yg ayam tu sama rupa dgn ayam dlm Upin dan Ipin.
Okay, ni saja nak tepekkan gambar dia tidur. Hehe.. sejak 2 hari yg lepas, dia co-sleeping dgn kami semula. Nyenyak dia tido. Dah takde nangis-nangis dah.

6 scribble(s):

p!nkerton said...

sonok kan bile wknd sekali skala dapat rest kat rumah cenggini. aku pon every wknd ade je hal. ahad ptg or malam baru balik. penat!
bagus aa dapat jiran2 baik & prihatin mcm tu :)

maisy said...

ishh..kat KL pon ade jiran yg baik..cam makcik belakang umah aku...boleh je angkat baju..byk kali plak tuh..kalo tak yg belakang..yg 2 pintu dr umah aku yg angkatkan ampaian belakang umah...if masak lebih ckit..mesti hantar kat kiterog and aku tak pernah hantar my cooks ,selalunya yg beli sajer...kekdg lepak umah die..mane2 pon ade jiran yg baik nih..either u lucky enuff to get one la :)

maisy said...

Dahi Batrisyia nih cam Dina luas..so rambut nak kene lebat nak cover up nih..lagi satu ko jgn ikat kuat sgt rambut die..and jgn selalu sgt..nanti die lebat tak cantik...and takut jadi cam Dina,selalu ada hair fall....

Liz said...

fatih> yer,bila dpt duduk dlm rumah je, sgt heaven!

maisya> yer la, kalau bernasib baik, dpt la jiran yg baik.

aku jarang ikat rambut batrisyia sbb dia akan meronta-ronta. hehe.. selalunya aku biarkan je serabai gitu. aritu je aku ikatkan. maybe pasni nak cuba cari hair clip. lg bagus kot. leceh ar nak ikat ni sbb nak kena sama la.. huhuh.. x larat nak lwn dia meronta-ronta.

sham said...

comelnya Batrisya tdo t'tonggeng gtu heheh ;D

Liz said...

sham> "When they get a little older, it's OK to let them sleep in a weird position rather than wake them up by moving them."

aku rasa statement tu sgt betul. sbb bile dia tertonggeng gitu, mmg dia mcm syok je tido. cuba kita tido tertonggeng, haha.. x dpt nak bayangkan!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.