Friday, May 15, 2009

Sapa kata tak boleh letak garam dalam makanan bayi?

Lama dah tak post entry ttg baby food. Dah byk resipi aku buatkan utk Batrisyia tp x post pun kat sini.

Eh, boleh la letak garam dlm bubur baby tu. Kalau tawar, dia taknak makan

Kebanyakan orang menambah garam ketika menyediakan makanan utk bayi. Adakah ia perlu? Orang kata, kalau tak letak garam, nanti tawar. Tak sedap. Baby pun taknak makan.

Hmm, bolehkah baby merasa? Of course baby dah boleh merasa. Cuma penilaian mereka terhadap makanan yg sedap (dan sebaliknya) tak sama dgn penilaian kita terhadap makanan yang sama.

Kenapa?

Bayi.. deria rasa mereka masih suci. Chewah. Tu yg aku selalu bgtau hubby. Baby tak mcm kita. Kita ni dah rasa mcm-mcm. Lidah nie dah rasa sambal tempoyak, spaghetti, steak dan pelbagai makanan lain. Semua makanan yang kita mkn mengandungi garam, gula dan pelbagai penambah perasa.

Mcm baby, mereka hanya pernah minum susu. Tekak mereka tak pernah menerima apa-apa makanan. Bagi tekak mereka, semuanya sedap. Semuanya rasa best. Cuma mungkin tahap best sesuatu makanan tu tak sama. Mungkin kalau bagi bubur kosong, mereka mkn slow je. Tapi cuba tambah blended kurma atau prune ke dalam bubur kosong, gerenti licin.

Kenapa ye tak boleh tambah garam? Kebanyakan mak yg letak garam nie merasakan mereka perlu letak garam sbb makanan yg mereka sediakan tu tak sedap. Ye la, mak nye merasa… eii, tawar… bubuh la garam sikit… erm, baru la sedap. Gitu ke? Ni sape yg nak mkn, mak ke anak? Hikhik.

Garam tidak boleh diperkenalkan pada kanak-kanak di bawah usia setahun kerana buah pinggang mereka masih belum mampu mengumuhkan garam dr badan. Berapa ramai tahu fakta nie?

Anyway, last week, aku ada buatkan bubur utk Batrisyia. Aku campurkan kacang buncis sahaja sbb benda-benda lain dlm peti ais tu dia takleh mkn lagi. Then, blend sampai halus. Before bagi Batrisyia, aku rasa la dulu. Erhhhh, tak sedap weih. Tawar giler. Mmg kejam kalau bg makanan yang tak sedap nie kat anak aku. Tapi takpe, aku tau deria rasa dia suci.

Jadi, selepas menyusukan dia, aku cuba bagi dia makan. Berselera beb! Licin mangkuk. Siap marah aku lagi kalau lambat suapkan. Lihat, telah terbukti yang deria rasa kita dan anak kita tak sama.

Jgn takut utk buatkan makanan utk anak. Selagi korang gunakan bahan yang boleh dimakan dan sesuai utk bayi (sila alert dgn bahan dan keserasiannya dgn usia bayi anda), insya Allah takde ape yg akan berlaku =)

Kalau takut sgt, boleh cari resipi kat Internet. Tiru la bulat-bulat. Gerenti jadi. Ilmu tu boleh dicari kan? Jgn la guna Internet utk blog-hopping je. Hehehe..

Masa sebelum ada anak, aku pernah terfikir nak beri nestum pelbagai perisa dan makanan dlm botol utk anak aku. Aku rasa mcm bagus dan hebat je kalau dpt bg anak baby food dlm botol tu. Mmg tak terfikir nak masakkan sendiri utk anak. Tak tau yg baby tak boleh mkn garam. Pendek kata, mmg aku nie cetek ilmu la. Bila tgk nestum, ingatkan mmg bagus sgt utk baby.

Tapi bila dah dpt info melalui pembacaan, baru la tau ape yg terkandung dlm instant cereal di pasaran. Masa tu, baru la terasa yg aku takde option lain melainkan masak sendiri makanan utk anak aku. Alang-ala anak menyusu badan, apa salahnya teruskan memberi yg fresh sahaja kan?

Seringkali kita ckp kita nak yg terbaik utk anak tapi disebabkan hidup yang sibuk, kita memilih jalan mudah. Mudah tak semestinya bagus walaupun ia datang dalam pek yang berwarna warni.

Aku tertarik dgn beberapa pengalaman ibu-ibu di luar yang memasak sendiri makanan utk baby mereka. Hasilnya, baby mereka sendiri taknak makan makanan yg instant. Contohnya, sorang ibu ni cuba la bg KFC mashed potatoes kat baby dia. Baby dia refused to eat at all. Tapi bila ibu ni buat sendiri mashed potatoes, anak dia makan pulak. Rasanya anak dia dah biasa mkn ape yg mak dia masak. Nak air tgn ibunya sahaja. Bagus tak?

Pemandangan melihat Batrisyia melonjak-lonjak tak sabar bila lihat aku datang dari dapur dgn mangkuk makanannya di tgn membuatkan aku rasa sgt seronok. Bila dia mkn dgn berselera dan licin mangkuk, aku rasa tersgt puas hati.

OMG, I just love being a mom. Tersangat la best!


6 scribble(s):

emy@aldyst said...

salam lizze...
lama x singgah....xde wat resipi baru ker :)

ermm...mesti best tu wat besday party kat kebun...nanti hupdate ceta yer :)

Liz said...

emy> hi emy. resipi baru? leh refer kat sidebar, under Food & Recipes section. kot2 ada yg berminat.

owh, panjang kisahnya ttg birthday party tu. esok kot baru nak cite sbb hari nie keje BYK GILER!!!

m@Ri@ said...

haritu nak beli biskut kat tesco..makcik yg bungkus/timbang biskut tu siap ckp nak bg kat baby ke?biskut yg ni jgn bg ada garam..wah sgt bangga dengan aunty tu..sbb tak ramai yg tau garam tak boleh masuk dlm mknn baby..kan..

Liz Rohaizat said...

maria> yups, especially makcik2

mamayaya said...

ada org tak nak masak kt anak sebab takut besar nanti memilih mkn..apakah?

artkreatip said...

hmm, kdg dlm dilema jugak nk letak garam ke tak, skrg baru paham bayi deria rasanya suci

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.