Thursday, May 07, 2009

Sandwich for lunch?

A few days ago, hubby bercerita ttg Mr. Andre. Katanya, Mr. Andre hanya mkn yoghurt utk sarapan dan sandwich utk lunch. Malam baru mkn yg berat sikit. Aku rasa, org luar mmg dah biasa makan mcm tu. Kita je mkn makanan berat masa sarapan. Diorg mkn cereal pun leh tahan sampai tgh hari.

Jadi, tiba-tiba hubby nak ubah tabiat makan dia. Chewah... camtu lak ye.

Utk mengubah tabiat makan dia, dia perlukan kerjasama aku... untuk menyediakan sandwich dia.

Maka, pagi tadi aku pun sediakan sandwich utk dia. Tomato dan salad aku siap potong mlm td. Pagi cuma perlu assemble sandwich dia. Dia kata, dia nak sandwich dia ada telur. Ku nak buat sandwich telur, dia taknak. Dia suruh buat telur mata kerbau and letak je antara 2 roti. Camtu lak.. boleh la.

Sudahnya sandwich dia ada wholemeal breads, salad, tomato, egg, chicken slice, mayo and chilli sauce. Owh, aku pun mkn sandwich yg sama tgh hari td.

Perasaan? Seperti telah membuat kebajikan pada diri sendiri kerana makan makanan yg penuh khasiat (kalau takde mayo, lagi berkhasiat).

Sms from hubby:
Sedap sandwich Liza buat. esok buat lagi (dan ada icon yg sgt cute di hujung ayat)

Dear hubby, kalau tiap-tiap hari buat sandwich telur, boring gak. Apa kata kita buat sandwich lain pulak. Sardin ke, tuna ke, turkey ke, chicken ke.. burger pun okay per!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.