Wednesday, May 13, 2009

Dua Jam Lima Belas Minit

"Tiap-tiap malam buat kerja tu, kerja tak habis-habis" kata hubby ku.

Yer la, tiap-tiap malam dia kena tolong jemurkan kain di ampaian sbb wife dia nie tiap-tiap malam membasuh baju. Hikhik. Pastu tiap-tiap malam aku masak, lipat kain, basuh botol dan kemas dapur. Dia kesian tgk aku.

Sementara aku buat semua kerja, dia tolong jagakan Batrisyia. Selalunya aku akan tidurkan Batrisyia lepas beri dia makan bubur dan minum susu. Lebih kurang pukul 9.30 malam. Jadi, hubby ditugaskan utk jaga Batrisyia semasa aku buat semua kerja.

Batrisyia pulak skrg ni dah pandai minta perhatian. Tak perlu dukung dia. Dia hanya perlukan seseorang utk meneman dia berbual atau bermain-main dgn dia. Tu je. Nampak senang kan? Tapi bila seseorang tu terpaksa jaga dia dari pukul 8 malam hingga 9 malam dan dlm masa yg sama sibuk nak khatamkan semua movie Star Wars, timbul la masalah.

Batrisyia kdg2 merengek tp abinya mata kat Star Wars. Hikhik. Kdg2, anak dah bergolek sampai ke lantai, abinya sibuk tanya aku, "Yang Anakin Skywalker time kecik tu, episode berapa eh?".

Bila aku ingatkan dia utk jaga anak, dia akan dukung anak dia sambil ckp, "Dia niiiii... nak maaaain aje" sambil gelak-gelak. Anak lak sengih!

Aku selalu ckp dgn hubby. "Kita nie jumpa dia berapa jam je sehari. Apa salahnya sementara dia tak tido nie, kita jaga dia betul-betul. Main-main dgn dia. Borak dgn dia".

Pernah tak kira berapa jam anda jaga anak anda dalam sehari?

Ini jadual aku.

5.30 am - Bgn, buat sarapan and lunch, pam susu, mandi, solat, bersiap.
6.30 am - Tukarkan diaper Batrisyia and bertolak ke Cheras. Dlm kereta, direct feeding dia.
7.00 am - Bertolak ke taska. Sambil tu borak-borak dgn dia dlm kereta.
7.15 am - Bertolak ke tempat kerja. Then, kerja kerja kerja.
5.30 pm - Balik dr kerja. Jemput Batrisyia di taska. Balik ke Cheras
6.05 pm - Sampai Cheras. Lepak sana kejap.
6.30 pm - Balik ke Langat.
7.00 pm to 9.00 pm - Mandi, solat, prepare dinner and baby food.
9.30 pm - Batrisyia tidur.

Ok, jom kira berapa jam aku jumpa Batrisyia.

Setengah jam, 15 minit, setengah jam, setengah jam, setengah jam.. so semuanya DUA JAM LIMA BELAS MINIT!

DUA JAM LIMA BELAS MINIT dalam 24 jam yang aku ada!

Very pathetic! Sad =(

Sbb tu la aku sentiasa nak berkepit dgn dia dalam masa DUA JAM LIMA BELAS MINIT nie. Kalau weekend, mmg nak habiskan masa utk si kecil nie je.



Psl tu aku sentiasa tunggu masa utk direct feeding dia. Terasa dekat dgn dia.

Love you so much! Jangan nakal-nakal tau. Kalau time makan tu, jgn la melonjak-lonjak. Jgn gelojoh. Sian abi nak pegang Batrisyia.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.