Thursday, May 28, 2009

Cut first tooth-26 May 2008

Kehadiran aku di taska ptg tu disambut dengan senyuman lebar Batrisyia. Happy semacam pulak dia ptg tu. Hari sblm tu, dia merengek je kat taska. Jadi, bila dia sneyum lebar tu, rasa lega. Masa letakkan dia kat car seat, dia sengih-sengih lagi. Aku perasan lidah dia putih sejak mkn ubat minggu lepas. Then, aku perasan ada benda putih kat gusi dia. Ingatkan susu ke. So aku minta dia buka mulut sbb nak lap 'susu' tu. Bila dia buka, baru aku perasan yg 'susu' tu ialah gigi pertama dia.

Wah, depan taska tu jugak aku excited semacam. Batrisyia lak mcm tau-tau je kenapa aku excited. Dia tumpang gelak-gelak, sengih-sengih, melonjak-lonjak. On the way ke Cheras, mulut dia becok je. Ada la tu yg dia nak cerita. Cuma aku je tak paham. As usual, layan je la. Buat-buat paham. Hehe..

Sampai Cheras, hubby tak balik lagi. Haih, kita dah la excited nak bgtau. Dia lak x blk lg =)

Dgr je bunyi motor RXZ hubby, aku terus terpa dia.

"Ha, lepas ni jgn buli Batrisyia lagi. Kalau tak, dia gigit abang".

Hubby aku blured!

"Gigi dia dah tumbuh la!"

Aku suruh Batrisyia buka mulut tp dia taknak. Aku rasa dia masih trauma sbb hubby bukakan mulut dia secara paksa utk mkn ubat masa dia sakit baru-baru nie.

Hubby tak percaya anak dia dah ada gigi.

Hinggalah pagi ni, Batrisyia bukakan mulut dia and tunjukkan gigi dia kat Abi dia tu.

"Owh, tu baru tapak dia. Belum gigi lagi".

Lorr, sejak bila gigi ada tapak. Tu gigi la tu. Saja je tau dia nie!

1 scribble(s):

p!nkerton said...

yeayyyy! aku pon tumpang eksaited! ;)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.