Tuesday, May 12, 2009

Bagaimana mendapatkan solekan mata yang cantik?

Ku ada terima comment ttg entry sebelum ni tp taknak publish sbb segan. Hehe.. sorry yer.

Anyway, reader tu memuji ttg solekan aku masa pegi kenduri kahwin tu. Katanya, pandai aku make up muka sendiri.

Dia juga tanya mcm mana aku apply eyeshadow kat mata.

KENYATAANNYA, aku tak make up sendiri la =)


Mereka yg kenal aku mesti tau betapa sempoinya aku dlm hal nie. Bedak dan lipstick saja dah mencukupi buat aku. Malas yg amat nak make up camni sbb leceh bila nak solat. Yg nie pun, aku dah ambil wudhu awal-awal tau! Aku hanya akan apply eyeshadow dan mascara hanya bila aku period.


Cuma kali tu ada sedikit pengecualian sbb SIL yg kahwin. Jadi kami perempuan-perempuan nie nak la berseri-seri mcm pengantin jugak. Nak buat gambar keluarga. Jadi, Epul telah make up kan kami semua dgn charge RM50 seorang. Giler murah sbb dia kata, ni Pakej Selayang Pandang. Haha.. maksudnya, alang-alang make up pengantin, terus make up kan org lain skali.

Tapi Epul ni, dia tak ambil perkhidmatan make up utk dinner ke, event ke.. hanya utk pengantin sahaja. Kalau ada pun, utk GRO.. opps. Dia kata, sbb lumayannnn. Ribu riban pun GRO tak kesah nak bayar sbb ada org bayarkan.

Ni kali terakhir la kot Epul make up kan aku. Aku suka bila dia make up kan sbb mulut dia akan berceloteh bercerita. Sentuhan berusnya sgt lembut. Tak terasa mcm wajah sedang diconteng. Tgk2 je dah siap. Camtu la aku rasa.

Dia la pak andam time ku kahwin kat Cheras tu. Ku suka sbb tak tebal dan tak terasa cakey. Tapi harga utk full package dia.. err, mahal la gak.


0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.