Wednesday, May 06, 2009

Apa yang menarik di Terengganu?

WARNING: Entry ni mengandungi 19 keping gambar. Kebanyakannya gambar Batrisyia. Jika bosan, jgn baca. Hehe

Seperti yang telah diberitahu, kami mengikuti rombongan pengantin ke Terengganu pada minggu lepas. Pagi tu, kami terlewat bangun gara-gara mengemas barang pada mlm sblmnya. Tapi kami masih sempat singgah di Cheras utk hantar frozen EBM. (2 minggu lepas, stok EBM ku terpaksa dibuang. Cair sbb letrik tripped masa kami blk ke Sban.. sob..sob). Kemudian, kami terus ke Karak Highway. Perancangan awal, semua akan berkumpul di sana sblm meneruskan perjalanan ke Dungun. Tapi sampai sana, hanya ada 2 keluarga. Pengantin called and beritahu yg org lain masih di Cheras. Sedang susun brg hantaran dlm kereta. Tak muat, katanya. Sudahnya, kami dua keluarga ni meneruskan perjalanan ke R&R Temerloh.

Setelah semuanya tiba, kami meneruskan perjalanan ke Dungun lebih kurang pukul 11 pagi. Kami berhenti makan di area Sg. Ular. Meneruskan perjalanan kembali ke Dungun. Kami checked in di Mayang Sari pada pukul 5 ptg. Tempat tu okay la jugak.

Malam tu, acara bebas. Masing-masing pergi mkn di tempat yg mereka suka. Kami dan keluarga abang Rais pegi mkn di Restoran Kapal. Orang ckp, makanan kat sana mahal. Bila tgk menu, harga yg dipaparkan sama je dgn harga makanan kat KL. Kira ok la tu kan?

Malam tu semua org tido awal sbb kepenatan.

Pagi Sabtu, semua org berkumpul di rumah utama. Rupanya ayah pengantin perempuan awal-awal dah belikan sarapan utk rombongan pengantin lelaki. Rumah pengantin perempuan dekat je dgn Mayang Sari. Pasal tu ayah pengantin perempuan rajin menjenguk rombongan kami, nak make sure semuanya cukup. Terima kasih la pakcik!

Selesai bersarapan, kami ke masjid utk acara ijab kabul. Pengantin dinikahkan oleh wali pengantin perempuan. Bagus la. Simple je. Tok Imam pun sporting orgnya. Pengantin diusik ketika acara pembatalan air sembahyang. Bayangkan ye, abang Rais nie kira kahwin kali kedua la kan.. yg perempuan mmg kali pertama la. Boleh lak diorg dua org nie menggigil masa acara sarung cincin! Abang Rais terketar-ketar nak sarung cincin. Aparaa…


Batrisyia yg takde mood.. nak tidur, katanya


Keluarga ni bakal menerima orang baru tak lama lagi


"Mohd Aris bin Kudin.. eh, salah nama lak"



Hantaran kedua-dua belah pihak

Akhirnya, keluarga nie telah berjaya mencari penyeri rumah mereka.

Kami checked out dari Mayang Sari pada pukul 2 ptg. Lepak kat pantai dulu. Then, baru ke Paka. Kat Paka, hubby jumpa kwn2 lama dia. Sempat la menghabiskan masa kat pantai kat Paka tu sementara tunggu Ita balik dr KT.


Anakku yg khusyuk tgk kolam ikan


Excited!

Santai

Up!

Serabai nya!



Bergambar bersama legging dr Amyatie

Malam tu dan mlm keesokannya, kami tinggal di rumah Ita. Ita, terima kasih. Di Paka, takde aktiviti sgt. Hubby jumpa kwn2 dia. Aku dgn Batrisyia diheret sama. Hehe.. Sempat la merasa mkn seafood kat satu kedai yg best kat Paka tu. Pagi Isnin tu, kami ke Pasar Dungun utk beli ikan-ikan dan sotong, utk dibawa pulang ke KL. Sempat jugak bergambar kat pantai paka tu. Tak sempat nak ambil hari sblmnye sbb hujan renyai-renyai.


Khusyuknya tgk brochure tu

Aiyoo.. gambar tak bersedia

First time jejakkan kaki ke pantai

First time main ombak

Maka, haruslah rakam segala first time ni dgn mengambil gambar
tapak kaki yang tak berapa nampak.. hehe

Satar.. ku sudah merinduimu

Bergambar bersama anakku yang telah mendapat 2 biji 'jerawat' di muka

2 scribble(s):

maisy said...

satar ko beli kat mana?if belakang masjid paka tuh..mmg beshhh

Liz said...

blkg masjid paka? eh, nape ita x bgtau aku pun! dia ada tunjukkan satu gerai nie. tp bkn blkg masjid tu. and aku x beli pun kat gerai yg ita ckp tu sbb terlepas.

aku beli on the way blk. rasanya kat kemaman. ala, yg gerai jual lemang berderet tuh.

ok la.. x kesah aa sedap ke x. tp yg aku beli tu sedap gak. sekejap habis. hehehe..

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.