Friday, April 03, 2009

Tagged:6th Photo

Mari kita sama-sama tarik nafas panjang-panjang, okay? Tariiiiikkkkk... lepaaaasss...

Hariku bermula dgn sangat kelam kabut. Keluar dr rumah pkul 6.37am dan sampai ke rumah MIL pukul 6.55am. Lepas ambil EBM dan letak dalam kereta, baru la ku perasan yg handbag takde! Tertinggal kat Hulu Langat! Damn it. Aku dah la tak biasa ikut jalan Bukit Ampang tu. At last, hubby yg drive (dia masuk keje pukul 8am tau!). Bodoh betul, camne la leh tertinggal. Geram lak rasanya.

Sampai balik kat rumah MIL dalam pkul 8am. Hulu Langat tu tak la jauh tapi kalau nak on the road pukul 7am ke atas, alamatnya jalan sesak la. Marah marah marah.

Sampai nursery pukul 8.15am. Pastu br gerak ke office. Jalan sesak yg amat yer. Belum ditambah dgn gelagat pemandu jalanraya yg mcm samseng. Owh, meh aku cite satu situasi. Aku penah cite kan psl kejadian kat satu simpang di mana kereta kat blkg aku sibuk bunyikan hon suruh aku jalan sedangkan jalan time tu penuh dgn kenderaan? Haa, kejadian berlaku di tempat yg sama. Kali ni, kereta di blkg tu dipandu oleh seorang perempuan Melayu bertudung (buat malu je la akak tu). Kereta kat depan dia tak dpt nak keluar simpang sbb kenderaan bertali arus. Serious, mmg byk giler. Akak ni lak sibuk hon kereta depan. Hallo kakak yg mungkin mata dia kat lutut, tak nampak ke byk kereta kat jln tu??? Owh, kakak sakit perut nak buang air besar eh? Patut la kelam kabut je! Kdg-kdg tak faham tau tgk org mcm nie.

Di simpang yg sama, aku menhadapi kesukaran utk sama-sama beratur dgn kereta-kereta yg lain. Wah, orang lain tak bg aku chance utk queue sama. Takpe.. takpe. Perlahan-lahan aku cucuk sikit-sikit. Then, one black car berhenti. Eh, mamat nie nak bg laluan ke? Erm, ye la kot. Aku pun angkat tangan. Dia angkat tangan balik sebagai isyarat utk suruh aku lalu. Wahhhh... thank you!!!

Aku sampai office tepat pukul 8.30am. Dah terlewat setengah jam utk pam susu. Aih, nak taknak kena la pam dulu before mulakan kerja.

Lepas mengepam, terus bedal kuew tiau goreng dgn sambal ayam yg telah ditapau sebelum masuk office. Ni kes lapar setelah kelam kabut pagi td. Tu yg mkn agak byk. Selalu makan nasi lemak seringgit yg kecik aje.

Pil Asi ni ku baru terima dari Amyatie semalam. Dimakan utk menambahkan susu ibu. ASI bermaksud Air Susu Ibu. Saja nak cuba. Mane la tau susu makin meriah.

Inilah bentuk Pil Asi. Mcm jamu Mustika Ratu je.


Okay, hari nie hari Jumaat jadi kena buat tag. Kali nie, aku buat tag dr Hayatie si pengepam tegar.
RULES
>Go to your photos folder in your computer.
>Go to the 6th folder of photos.
>Go to the 6th picture in that folder.
>Put the picture on your blog and a description of it.
>Invite six friends to join the challenge.
>Link them in your blog and let them know they have been challenged!

Ini ialah gambar yg dimaksudkan. Gambar diambil di Suspension Bridge, Langkawi. Utk access ke Suspension Bridge nie, anda wajib menaiki cable car yg disediakan. Lain la kalau anda boleh terbang. Cantik Suspension Bridge nie. Hubby ku gayat tau. Pelik dia tu. Kalau panjat bangunan tinggi, tak gayat. Tapi kalau naik cable car ke, Suspension Bridge ke, roller coaster ke, solero ke.. semua nak gayat.

Tag nie dah byk jelajah blog org. So ku taknak tag sesape la.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.