Friday, April 17, 2009

Susuku hampir jadi sirap bandung

Semenjak berpindah, hidup kami semakin tenteram. Ceh, mcm ape je bunyinya.. hehehe. Tenteram sbb kami tinggal di kawasan kampung. Sgt aman damai di sini. Bunyi ayam berkokok seawal pukul 3 pagi dah biasa kedengaran. Kiranya kalau terbgn tgh malam and x dgr bunyi ayam berkokok, maknanya malam masih panjang and leh tidur puas-puas. Ahaks!

Air juga sgt sejuk. Kalau mandi dlm keadaan mamai, gerenti segar bugar mata terbelalak bila air kena kat badan. Hohoho.. tapi semenjak kolam dah dipenuhkan tiap-tiap hari, takde la rasa sejuk sgt sbb air kolam la katakan. Batrisyia juga dah diajar mandi air sejuk. Kat tmpt lain, aku mandikan dia dgn air " air kolam 5 gayung, air panas satu gayung". Itu dia nye ratio eh. But kat umah sndr, totally air paip atau kolam. Biar dia rasa mandi air sejuk. Kata dah besar, sampai bila nak manja-manja mandi air panas kan? Walaupun dia mcm ala-ala terkejut bila kena air sejuk, lama-lama dia suka. Time mandi jugak leh nampak sifat anak aku yg tak berputus asa. Dia cuba dan cuba dan cuba lagi utk pegang air paip yg mengalir dr getah paip. Camne nak bgtau yg air tu takleh dipegang sbb air tu bkn mcm tali? Enjoy saje la tgk muka geram dia sbb x dpt pegang air tu.

Tiap-tiap hari balik lambat. Sampai rumah pukul 10pm ke atas. Aku kan suka basuh baju tiap-tiap hari. Jadi bila dah balik lewat, semangat nak basuh baju tak ade. Semangat nak tidur tu ada la. Sudahnya weekend baru dpt basuh baju yg berlambak. "Ha, tu la. Aritu abang nak bg robot, Liza taknak". "Mmg la taknak sbb boleh basuh hari-hari". "Ni kan dah byk baju nak kena basuh". "Ni byk sbb tiap2 hari kita balk lambat. Cuba kita blk cepat. Gerenti tiap-tiap hari boleh basuh baju". Robot apakah yg dimaksudkan? Asimo kah? Robot tu bernama washing machine =)

Anyway, skrg aku ada byk botol susu yg kosong! Maknanya, frozen EBM dah berkurangan. Maknanya, adakah aku tak mengepam seperti dulu? Atau susu dah kurang? Atau ape??? Actually, last week mmg tak dpt nak kumpul susu byk. Tak dpt nak bekalkan seperti selalu. Bkn sbb susu kurang tp aku tak dpt mengepam kat office. Selalunya aku mengepam 3-4 kali di office. Last week, 2 kali sahaja.. setiap hari!! Risau gila. Terpaksa hantar frozen EBM ke nursery gak. Akan aku bawa blk botol-botol kosong ni ke Seremban minggu nie. Nak pam habis-habisan kat sana. Kita tgk result nye camne nanti. Jgn aku malas sgt sudah la.

Dah ada org mendapat pengalaman susu mereka jadi sirap bandung. Paham tak? Maknanya susu dia masuk darah. Aku ada baca kat forum SI yg mengatakan susu yg termasuk darah tak boleh disimpan. Mesti dibuang. Tak boleh diberi pada baby. Jadi, bila perkara yg sama berlaku pada aku buat pertama kalinya semalam, aku terus buang. Ptg tu, masa ber chatting dgn Sue, Sue ckp yg susu tu selamat diminum oleh bayi. Hah, ye ke? Rugi je aku buang satu botol. Satu botol tu byk tau!! Camne leh salah info. Jadi,diharapkan ibu-ibu yg baca entry nie boleh dpt fakta yg sebenarnya ttg hal nie.

2 scribble(s):

Hayatie said...

wo wo wo..aku risau betul baca pasal susu jadi sirap bandung ni..dah semakin ramai yang experienced. So sebagai pengepam tegar seperti diri ku ini yg keje mengepamm tersangat2 lah kerap, buat ku jadi susah hati sekiranya terjadi kepada diriku. Lis, ade ape3 tanda kah seblum kuar darah itu? rasa sakit kahh...pape2..takut2!

Liz said...

tha> ala, title aku je gempak tp xde la jd sirap bandung pun. ku rasa ada la 5-6 titik kot dh masuk.

takde tanda la sbb x sakit pun. x perasan pun sbb sambil ngepam sambil buat keje. bila dah selesai pam, nak cabut tube je, nmpk mcm ada benda terapung DALAM susu. skali tgk kat shield, ada darah. hohoh.. rasanya cedera kat luar je sbb susuku sama je warna.

don't worry. tp next session, xde darah lg dah =)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.