Monday, April 13, 2009

Penyeri dapurku

Setelah 2 minggu menanti, akhirnya rumahku dah ada peti ais. Lama betul nak tunggu stok sampai dari kilang. Dlm 2 minggu nie, aku terpaksa call Jusco 3 kali sbb nak mak sure the status of our order. Susah bila takde peti ais sbb x boleh nak simpan barang basah. Maknanya, bila nak masak lauk, baru boleh pegi beli ikan. Kan leceh namanya tu. Tp best la sbb ikan segar sikit. Cuma leceh sbb keluar pagi-pagi utk beli ikan.

Disebabkan menunggu lori dr Jusco, aku tak dpt hadir ke birthday party anak Maisya dan anak Ecar. Sorry girls. Mmg tak dpt nak pegi sbb driver lori tu tak bgtau bila dia nak dtg. Nak taknak, kena tunggu kat rumah je. Lepas Asar, baru la lori tu sampai.

Setakat nie takde apa dlm peti ais tu melainkan 1 big bottle of Tropicana Twister, 1.5 litre Rainbow Walls Ice Cream, 1 small tub of Chicken Green Combo Baby Food, 11 eggs, 5 chillies, a bunch of cili api, lemongrass and 1 small bottle of Sunquick Mangoo.

My fridge magnets pun sudah tersusun cantik di pintu peti ais. Jealous terhadap koleksi sendiri tau. Dapur masih lintang pukang tp dpt la jugak memasak utk family. Menu minggu lepas tak dpt nak diambil gambarnya sbb perut lapar and terus ngap. Ingat nak ambil gambar time dinner tp x sempat jugak. Bila dah licin, baru teringat nak ambil gambar. Hahah.. Anyway, aku just masak udang masak lemak cili api je. Sedap dan pedas woo. “Ni kalau buat ketam, mesti lagi terangkat”. Tu kata hubby la. “Minggu depan masak daging masak lemak cili api pulak. Tapi biar abang. Liza ajar je”. Chewah, ok ok.. kita tgk dia masak nanti.

2 scribble(s):

eziannr said...

Susu nko simpan katner Liz?

Liz said...

ezian> skrg kat rumah MIL. ptg nie br nak angkut blk rumah. stok tinggal dlm 20 botol je. tak sabar nak top up blk and penuhkan satu freezer. huh, bersemangat waja nie.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.