Monday, April 20, 2009

Kek Batik

Last week, kami buat keputusan utk blk ke Seremban. Entah kenapa, kami rasa nak balik ke sana. Selalunya kami balik pada awal bln. Ni pun hubby yg ajak. Kalau dia dah ajak, aku on je la.

Adakah aku sorang atau korang pun merasakan cuaca pada Sabtu lepas sgt panas? Duduk dalam rumah pun berpeluh-peluh walaupun kipas-kipas terpasang dgn lajunya. Batrisyia pun rasa panas. Mengadu je. Bila bukakan rompers, baru dia senyap. Nampak sgt dia panas. Badan dia pun dah kena ruam kat area leher dan blkg badan. Kesian. Aku sapukan je Earth Mama Angel Baby Bottom Balm. Alhamdulillah, nampak semakin baik.

Menjelang, pukul 3 ptg, hubby dah tak tahan panas. Dia ajak pegi mkn ABC kat Giant Senawang. Tgh aku bersiap, adik aku ckp yg kedai tu dah tutup. Kecewa.. kecewa tp kami keluar jugak utk mencari ABC di tempat lain. Byk kedai ABC tp hubby kurang berkenan. Last-last, aku cadangkan pegi mkn ice cream.

Kami pun pegi la Secret Recipe.

Batrisyia buat muka lega giler sbb baring di tmpt yg sejuk


Abi: Ok. Masa birthday Batrisyia nanti, abi nak cheese cake tau! Batrisyia pilih corak je.
Batrisyia: Eh, ni birthday sape sebenarnya?

Abi's Mode: Mari kita bergambar!
Batrisyia's Mode: Ape-ape aje la...
Desserts paling sedap utk hari itu

Especially yg nie.. meleleh beb!

Hari tu mmg sgt panas kan? Malamnya, aku dgn adik-adik aku melepak dlm bilik parents kami sbb ada air-cond. Hehe.. Batrisyia dgn Danish pun tak la meragam sbb sejuk.


Batrisyia yg sgt lega (lagi) sekembalinya dr bilik Nek Wan nya.

Anyway, hari tu aku buat air Cincau utk sejukkan badan. Sekejap je dah abes. Esoknya buat lagi. Dan aku buat Kek Batik pada malam itu.
Kek Batik


Bahan-bahannya:
350g biskut marie (ended up using only 300g)
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan Milo (aku guna brand lain. Mari boikot Milo)
2 biji telur
1/2 buku butter
1 cawan air
3/4 cawan gula
Cara membuatnya:
-Campurkan koko, milo,gula dan air di dalam periuk.
-Masak atas api yg sederhana besar sampai larut.
-Kemudian masukkan butter dan kacau hingga butter cair.
-Perlahankan api dan masukkan telur yg telah dipukul sedikit.
-Kacau hingga agak pekat.
-Tutup api.
-Masukkan biskut marie dan kacau rata. Masukkan biskut sikit-sikit. Senang nak ratakan. Kalau rasa dah cukup byk, tek perlu habiskan jumlah biskut tu.
-Masukkan dlm loyang. Tekan hingga padat dan rata. (Aku letak plastik kat atas tu dan ratakan dgn tgn)
-Sejukkan.

After thought:
Kek ni manis kalau ikut lidah aku. Next time, aku akan kurangkan gula

6 scribble(s):

p!nkerton said...

wahh rambut batrisyia dah lebat..
huhu rambut athirah sgtt la slow nak tumbuh isk iskk..
banyak entry ko ni aku dah missed.. nnt ada masa aku baca backward hehe

Liz said...

fatih> hehe.. slow..slow

cure32 said...

bukan stakat sabtu je..hari2 lain pon mmg kontang abis.aku rs klo jemur baju dah lambat pon(tghhr) ptg tuh dah bole angkat.garing lagi tuh~

ko try la dok kat cyber musim panas ni..haih rs mcm dlm ketuhar keny rogers..sumpah!dengan kepanasan yg mcm tuh,mood nk ngamok tuh stand by aje huhuhu

Liz said...

syiefa> baju garing? hehe. btul3. aritu aku bwk balik bj kotor byk gilos gara2 tiap2 hari blk lewat je (so x dpt basuh baju malam2). risau tak sempat kering. skali panas berdenting! kejap je dah kering. mmg garing la.

cyber x byk pokok, mmg panas la. eh, ko penah masuk dlm ketuhar kenny rogers ke? hehehe..

MarDiah said...

kite letak milo byk, x letak gula sbb letak susu pekat.. manisnya kurang sikit.

Liz said...

mardiah> for strong flavour, letak coco and setengah cawan milo. kalau nak mild, letak secawan milo and 1/2 cawan koko. sy mmg cari resipi yg x letak susu tp letak gula sbb gula mmg dah ada kat dapur. hehe.. senang

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.