Wednesday, April 08, 2009

Kadang kala, jodoh tu hadir di tempat yang tak diduga

Sewaktu bersarapan pagi semalam, aku smsed sorang kawan lama utk memberitahu yg aku mungkin akan ke tempatnya bln 5 ni. Borak punya borak, dia buka cerita yg dia akan bertunang sehari sebelum perjumpaan kami nanti. Terkejut aku time tu. Yer la, tiba-tiba je nak bertunang kan?

Kawan aku ni sgt risaukan nasib dirinya yg mungkin akan menjadi andartu. Dari dulu sampai la beberapa bln lepas, hanya itu yg difikirkannya. Dulu, selalu minta pendapat aku tentang hal-hal nak cari boyfriend. Selalu aku bg nasihat kat dia. Selalu jugak aku ulang ayat yg sama; KADANG KALA, JODOH TU AKAN HADIR DI TEMPAT YANG TAK DIDUGA.

Sekarang, dia merasai semua tu. Bertemu seorang lelaki di kedai burger. Sama-sama menunggu burger yg sedang dimasak. Bertukar-tukar cerita. Akhirnya, membuat keputusan utk mengenali hati budi masing-masing. Hinggalah tertanam satu emosi yang hebat di dada. Kepada Tuhan, dipohon petunjuk agar dapat dipastikan samada inilah jodoh yang dicari. Alhamdulillah, petunjuk yang diberi memihak pada mereka. Sebulan selepas berkenalan, rombongan lelaki sibuk membuat persiapan utk bertunang.

I'm happy for you, dear.

1 scribble(s):

Faizah said...

aku pon nampak pelangi tu masa otw p keje :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.