Tuesday, April 28, 2009

Hukum menggugurkan bayi dalam kandungan

Tak pasti aku baca kat mana. Tapi artikel nie aku saved kat PC. So aku share kat sini.

HUKUM MENGGUGURKAN BAYI DALAM KANDUNGAN

SOALAN 1:
Apakah hukumnya seorang isteri menggugurkan janin sebelum usianya empat bulan kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya?

JAWAPAN:
Tidak semua wanita di dunia ini diberi kurnia untuk mengandung. Ada sebahagiannya yang boleh mengandung ada pula sebahagiannya yang tidak boleh mengandung dengan sebab-sebab tertentu.


Mafhumnya, janin dan jasad manusia terbentuk di dalam rahim wanita. Kelebihan ini tidak ada tolok bandingnya. Dalam keadaan puan saya percaya, bahawa puan bukan suka-suka nak gugurkan janin, tetapi ada alasan.

Namun alasan puan tidak cukup kuat untuk menggugurkan janin tadi walaupun belum cukup empat bulan. Puan memberi alasan kerana hendak menumpukan kerjaya. Maksudnya kelahiran anak itu akan mengganggu kerjaya puan?

Allah beri puan peluang untuk mengandung jangan pula puan jadikannya sebagai bebanan. Lebih-lebih lagi jika mengandung anak yang sulung. Adalah sama sekali tidak wajar kerana inilah peluang puan untuk menimang cahaya mata yang akan membawa sirna baru dalam kehidupan puan.

Letakkan tangan puan pada perut dan tanya perasaan puan dengan setulus hati adakah dia (janin) itu tidak berhak membesar di dalam perut puan dan mahu di keluarkan agar dia tidak melihat bumi?

Cuba puan lihat kepada generasi yang terdahulu dalam lingkungan awal 1970 atau lebih awal dari itu. Suasana kehidupan mereka lagi susah berbanding dengan kita namun mereka berjaya membesarkan anak-anak mereka.

Untuk menjadikan puan lebih faham saya muatkan di sini beberapa ayat-ayat suci al-Quran untuk renungan dan penghayatan puan. Allah SWT janji rezeki mereka yang bakal lahir sudah ditentukan dan kelahirannya juga tidak akan mengganggu kehidupan seharian puan malahan kehadiran anak-anak akan menjadikan kehidupan ibu dan ayah lebih bermakna.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ...dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah Yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan...(al-An’am: 151).

Dalam surah yang lain Allah menjelaskan bahawa dialah yang berikan seseorang zuriat lelaki dan perempuan. Firman-Nya yang bermaksud: Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya; ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. (asy-Syura’: 49)

Allah menegaskan bahawa jangan sesekali kalian membunuh anak kerana takutkan kepapaan. Firmannya yang bermaksud: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (al-Israk: 31)

Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum menggugurkan janin dalam keadaannya yang berbeza:

Janin menghidap penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya:
Haram sebelum berumur empat bulan dan selepasnya.

Janin menghidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti buta, cacat sebelah tangan atau kedua-duanya, cacat kaki, kurang jari dan sebagainya.
Hukumnya:
Haram jika umur janin melebihi empat bulan dan harus kiranya umur bayi kurang empat bulan.


Janin menghidap kecacatan yang serius yang membawa kematian seperti tiada kepala, tiada paru-paru dan sebagainya.
Hukumnya: Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.


Janin mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya: Terdapat perbezaan pandangan ulama.
-Harus sebelum berumur empat bulan, haram selepas empat bulan.
-Harus walaupun selepas empat bulan dengan syarat keyakinan tinggi hasil analisis doktor-doktor pakar.


Janin menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya: Harus sebelum empat bulan, haram selepas empat bulan.

Janin yang terhasil akibat dirogol.
Hukumnya: Harus digugurkan hanya sebelum empat bulan.

Janin yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya:
Harus gugur janin sama ada sebelum atau selepas empat bulan, kerana nyawa ibu diutamakan dalam hal ini.


SOALAN 2:
Mengapa umur janin sebelum dan selepas empat bulan membawa perbezaan hukum?


JAWAPAN:
Berdasarkan hadis riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak-hak kemanusiaan yang diiktiraf dalam Islam adalah dari umur empat bulan dalam kandungan.

Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud manusia ditiupkan rohnya ketika sekitar berumur 120 hari. Demikian pandangan mazhab yang empat dan majoriti fuqaha.

Maka apabila telah ditiup roh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa.

Ia diharamkan oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak). (al-An’am: 151)

Walaupun majoriti fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum empat bulan dengan sebab-sebab yang konkrit, terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian fuqaha Mazhab Maliki.

CERITA SAMPINGAN
Setakat nak bercerita utk ingatan di masa depan.. chewah. Malam tadi kami dinner lauk udang masak lemak cili api. Sayur kacang buncis dicampakkan sekali dlm tu. Sekali harung masak la maknanya nie. Pastu hubby requested nak telur dadar. Aku lak terfikir nak buat Sambal Telur Hancur tp dia taknak. So aku buatkan telur dadar utk dia dan sambal telur hancur utk aku yg mengidam tp tak pregnant nie.

Sampai masa mkn, Batrisyia nak tidur pulak. Jadi aku susukan dia dlm bilik sementara hubby mkn dulu. Lepas Batrisyia tidur, aku nak mkn la. Sekali tgk, sambal telur hancur ku tinggal dlm 3 sudu AJE. Telur dadar tak berusik! Aku tanya hubby, dia kata dia ingatkan telur hancur tu utk dia. Terkedu aku. Ni ala-ala kempunan tak dpt mkn telur tembakul. Seb baik takde batu belah batu bertangkup. Aku diam je. Dlm hati geram weih. Hehehe.. Isk, laki ko sendiri yg mkn pun ko nak geram ke? Tak kira, nak geram jugak. Aku diam je.

Pandai lak nak ambil hati tu. Nak masakkan utk aku. Ceh, mcm la reti masak lauk simple tu. Pastu siap tlg kemas-kemaskan dapur. Alala.. nak ambil hati. Aku tgk dia nak basuh periuk nasi. Aku tegur la, ckp yg nasi ada lagi. (sbb masa aku sendukkan nasi utk kami berdua, ada la nasi dlm tu utk seorang makan). Dia kata, nasi dah habis. HABIS! Terus aku tak jadi marah sbb dia habiskan. Kiranya dia minat lauk tu rupanya. Tu la, masa aku nak masak, jual mahal. Cancel nak marah dia. Hehehe..

Moral of the story is takyah la nak berkira kalau laki ko mkn lauk sampai habis. Maknanya dia lagi suka ko masak dr tukang masak kedai. Kehkehkeh.

2 scribble(s):

maisya said...

Lizek,soklan aku..camne nak tau janin tu mengalami kecacatan ringan seblom 4 bulan??bnyk benda tak boleh detect if 4 bulan kebwh...

Liz said...

ni berdasarkan pengalaman org lain, ok?

aku pernah terbaca kes sorang blogger. dia terpaksa melalui proses 'termination' slps mendapati anak yg dikandungnya tu bakal mengalami kecacatan/menhadapi masalah kesihatan yg serious.

mmg betul, byk benda takleh detect before 4 bulan. tp ada yg boleh detect. kan masa check up, doktor akan ambil ukuran bayi (tgn, kepala etc). mcm kes blogger nie, doktor dapati kepala anak dia membesar dgn kadar yg lebih dr sepatutnya. kiranya, kalau lahir, kepala anak dia akan besar dan mengalami masalah kesihatan. setelah confirmed, baru doktor suggest utk jalani termination. terpulang pd parents samada nak teruskan kandungan atau tau.

ada sesetengah kecacatan, janin akan gugur dgn sendiri.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.