Thursday, April 16, 2009

Her new character

I love you,
You love me,
We are happy family,
With a great big hug and kiss from me to you,
Won't you say you love me too...

Haiyo, anakku ni skrg mulutnya sgt becok yer kawan-kawan. Dah makin selalu sebut papa.. mama.. dada. Dulu ada sebut gak tp tak la beriya mcm skrg. Skrg nie, kalau dia mcm tiba-tiba nak berborak, mula la "papappapapamamammapapappapa". Itu aje la. Jadi layan aje la. Buat-buat paham.

Baru-baru ni jugak dia dah mula tunjuk satu character baru iaitu tidak menyentuh barang orang melainkan dpt approval. Chewah, bunyi mcm ape je. Cuma aku perasan semenjak dua menjak nie.. eh, ada ke perkataan nie? Abaikan je la. Back to the story. Skrg nie, kalau dia pegang something (seperti beg Spectra 3, majalah Pa & Ma, my MotoRazr), dia akan sentuh and tgk aku atau hubby. Kalau kitorang tak ckp "Jangan" or "Hepp!" or "No" or "Cannot", baru la dia akan main dgn benda-benda tu. Comel je!

Cerita lain pulak. My leave applications telah mendapat approval dr my boss. APPLICATIONS. Bln 5 nie aku akan ambil 2 kali cuti. Satu di awal bulan sbb nak ke Terengganu, mengikut rombongan pengantin, bestfriend hubby. Satu cuti lagi akan diambil di akhir bulan. Tu cuti setengah hari sbb nak balik awal sbb nak hantar my parents ke KLIA. Mereka akan mengerjakan umrah.. insya Allah.

My father sebenarnya nak buat haji tp kerana dia kan dah boleh dikatakan tergolong dlm golongan OKU, jadi dia agak risau akan keadaan di sana. Kitorang cadangkan dia pergi umrah dulu. Tgk keadaan kat sana mcm-mana. Nanti baru yakin sikit nak pegi haji. Nak pegi umrah nie pun ada halangan pada awalnya. Kami yg mengharapkan sorang sepupu aku yg biasa bwk org pegi Mekah. Tunggu punya tunggu punya tunggu, last-last dia senyap je. Mungkin dia rasa leceh nak bawa OKU. Whatever. Kalau tak boleh bwk, ckp la awak-awal. Ni tak, ckp boleh boleh sekali tak boleh. Kalau tak, dah selamat ayah aku pegi umrah thn lepas. This time, my parents mendaftar dgn seorang ustaz nie. Dia mmg biasa bwk OKU. Alhamdulillah sbb dipertemukan dgn ustaz nie sbb dia tahu bagaimana nak melancarkan proses tu sendiri. Elok la parents dpt pegi. Rezeki yg Allah turunkan tu, elok digunakan kembali ke arahNya. Biar berkat. Harapnya ayah aku dpt tawaf Kaabah beberapa kali walaupun keadaannya kurang mengizinkan. Semoga my parents selamat pergi dan selamat kembali. Amin.

5 scribble(s):

eziannr said...

Liz....what happen to ur father?

Liz said...

ezian> nak tau tak. bila baca ur question, tiba2 aku terfikir, "eh,ape jd kat bpak aku? bapak aku sihat je."

then, aku teringat yg aku mentioned psl OKU tu. hahahah.. kelakar. cuak sekejap.

back in 2003 (kalau x silap, lama dah weih), my parents kena langgar dgn van dr arah blkg. diorg atas motor. diorg tercampak. mereka selamat. hanya calar balar n satu gigi ayah aku patah separuh kat belah depan. but, kuasa Tuhan kan.. ayah aku lumpuh pada awalnya. doktor tak dpt cari punca sbb xde tulang yg retak atau patah. spine pun ok. so doktor rasa saraf la kot mcm ada yg cedera.

daripada ayah aku terbaring kat hospital, takleh pakai bantal langsung.. then, ada sorang hamba Allah tiba-tiba dtg and volunteer nak buat fisioterapi kat kaki. sikit-sikit ayah aku ok. berubat byk tmpt. urut sana sini. sorang ustaz byk tlg ayah aku sampai dia boleh bgn and jalan bertongkat. now, dia boleh jalan tanpa tongkat tp slow. tu pun kat dlm rumah. kat luar rumah, dia standby tongkat sbb takut org langgar.

the best thing is, dia dah boleh bawa kereta sendiri semula sejak beberapa tahun lepas. dah pergi kerja semua. but baru-baru nie da buat keputusan utk terima VSS. and kes langgar dia tu berjaya di mahkamah setelah sekian lama. dpt la wang pampasan yg cukup byk and duit bualan dr perkeso. alhamdulillah.

di sebalik musibah, ada hikmah dan rezeki ditentukan Allah. psl tu dia nak pegi Mekah.

eziannr said...

Iskkkk....sedih plak aku baca sejarah tuh...tp oklah kan sebab now dh boleh jln even slow pon takper...at least progress nmpk jugak....and luckily ur parents selamat....mcm aku pon dh 3 thn mak meninggal also sebab accident...and accident pon happen bersama2 ngn ayah aku....but ayah aku alhamdulillah selamat....anyway tu cerita lama...so hargailah parents kita nih sementara mereka masih ader (pesanan penaja drpd aku) :)

cure32 said...

susu jadi sirap bandung tuh normal thing ke?sakit x?

Liz said...

syiefa> ko ni komen kat salah entry nie. hehe..takpe,aku jwb kat cni.

darah boleh keluar jika baby gigit dgn kuat, nipple luka, susu byk, pam terlalu kuat.. mcm2 la sbb. aku xtau la kalau ia sakit ke tak tp masa aku kena, tak sakit langsung. cuma luka kat luar. bknnye tisu dlm yg luka. kalau tisu dlm yg luka, rasanya susu yg keluar pun warna merah sikit kot. mcm aku, susu still putih. luar je berdarah. sikit je.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.