Friday, April 03, 2009

Her first homemade baby food

Buatkan bubur nasi utk Batrisyia malam tadi. Dah umur 6 bulan, boleh la makan. Bubur masak macam biasa tanpa perlu letak garam dan bahan-bahan lain. Beras semata. Lepas siap, blender sampai halus. Sejukkan dan boleh la bagi baby makan.

Memandangkan makan merupakan perkara baru bagi dia, aku tak paksa dia habiskan. Satu artikel dlm wholesomebabyfood.com ada beritahu yg sesetengah baby mungkin tak dpt biasakan diri sbb dia didedahkan dgn 2 perkara baru dlm satu masa iaitu MAKAN dan GUNAKAN SUDU. Jadi, apa yg aku buat ialah mula-mula, aku tunjuk depan dia yg aku makan bubur tu pakai sudu. Then, aku cuba suapkan kat dia. Dia buka mulut tp dia buat mcm nak minum susu. Adeh. Hahah.. Pastu baru dia makan sikit-sikit. Saja aku bg sepah-sepah sikit. Biar dia rasa makanan tu kat sudu. Dah lama-lama, dia sibuk nak pegang sudu nak buat main ketuk-ketuk. Aku bg dia pegang sudu sambil arahkan ke mulut dia. Dia makan lagi. Lama kelamaan, dia nak main-main dgn bubur dia. Aku bg dia makan pakai tgn dia sendiri. Kenapa aku buat mcm nie? Boleh rujuk kat artikel wholesomebabyfood.com






Kepenatan lepas bergolek, menjerit, bercakap, menjerit lagi, cakap sorang-sorang lagi, menjerit lagi, makan, minum susu.. akhirnya tidur!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.