Wednesday, April 29, 2009

Hello Terengganu!

I’m not feeling well for the past 3 days. Bermula dgn selesema, batuk dan akhirnya demam. Hubby sampai tak bg aku pegi kerja pagi nie. Tapi ada byk keje nak diselesaikan. Leceh la kalau ambil cuti. Lagipun, lepas nie aku cuti panjang. Bermula 1 Mei hingga 4 Mei, kami akan ke Terengganu. Mungkin kembali ke KL pada 4 Mei. 5 Mei tu boleh rehat kat rumah aje. Memandangkan nak bercuti lama, elok la aku siapkan semua kerja.

Alhamdulillah, setakat nie penyakit aku tak berjangkit pada Batrisyia. Mungkin antibody yg badan aku hasilkan telah diberi pada Batrisyia melalui susu ibu. Mmg sejak aku sakit ni, aku tak bekalkan frozen EBM. Aku bg fresh EBM aje. Plus, aku juga telah menahan nafsu daripada mencium dan menggomol Batrisyia secara keterlaluan utk mengelakkan jangkitan. Tugas memberi kasih sayag tu telah diambil alih oleh abinya. Ala, kalau tak sakit pun, tiap2 hari dia kena dgn abi dia. Sampai dia tak tahan dan menjerit sekuat hati sambil tarik rambut atau cakar leher abi dia. Ganas tak anak aku?

Tak sabar nak ke Terengganu sbb nak mkn nasi kerabu, budu, keropok, sata.. eh, mkn je nie. Hehe.. lama dah tak pegi Terengganu. Kali nie, kami akan ke Dungun. Pastu baru la jalan-jalan kat KT and Paka. Insya Allah akan jumpa Ita, kwn kat MMU dulu. Lama dah tak jumpa minah nie. Korang kalau ada tmpt mkn menarik atau tmpt yg sesuai dikunjungi, bagitau la aku.

Jadi, aku takkan update blog pada 4 dan 5 Mei. (Ye la, kata tiap-tiap hari ada entry baru). Ape-ape hal, korang leh call aku, okay?

3 scribble(s):

eziannr said...

Liz, welcome to Terengganu...jgn lupa kalau nak beli keropok lekor best dekat Kg Bukit Tok Beng....kat situ orang beratur sampai kene amik nombor...tp mmg best woo keropok dier....kedai dier dekat jalan nak gih airport...kalau tatau boleh roger aku...my number 0139326831....:)

Adwindaa said...

wah terengganu best...

liz.. g kat teluk ketapang... lau tak salah lin la... makan lauk celuk tepung...
maknanya... ikan ,sotong, ketam, udang sume seafood yg dicelup tepung goreng.... cedap...

tp lau still ada lagi laa...hihihi

Liz said...

ezian> thanks for the info. tatau lg nak beli keropok ke tak sbb kitorang mmg biasa order keropok lekor terengganu kat org. ape2 hal, aku contact ko.

lin> hehe, lauk celup tepung.. ku boleh buat sndr kat umah. ku nak cari makanan yg ada n sedap kat terengganu aje

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.