Tuesday, April 14, 2009

Chicken Green Combo Rice Cereal

Green Combo merujuk kepada menu yg terhasil melalui gabungan lebih dari 2 jenis sayur-sayuran. Jadi, resipi baby food kali ni bertemakan ayam dan sayur-sayuran. This is my version of Chicken Green Combo. Untuk bubur, terpulang la samada korang nak masak bubur mcm biasa atau nak ikut cara aku. Aku buat mcm di bawah sbb kesuntukan masa dan kebetulan, aku buat baby food sambil prepare lauk pauk utk our lunch. Sekali harung, senang.

Chicken Green Combo

Ayam – aku guna one drumstick
* Ayam direbus hingga masak. Kemudian toskan dan carik kasar. Jgn buang stok ayam.

Kacang buncis dan carrot
* Masa hari tu, sayur ni aku buat goreng utk lunch. Apa yg aku buat ialah goreng macam biasa (boleh guna olive oil) tp tak masukkan garam dulu. Lepas sayur dah lembut, aku ketepikan sikit utk buat baby food. Then, baru aku masukkan garam utk lauk lunch.

Bubur
* Aku ambil nasi yg aku dah tanak.

Cara nak buat Chicken Green Combo
* Masukkan ayam, nasi dan sayur-sayuran ke dalam blender. Masukkan sedikit stok ayam. Blender halus. Siap! Kalau rasa ia agak pekat, boleh tambah EBM. Aku just tambah stok ayam tu sikit. Bagi cair sikit je. Utk malam tadi, aku tambah EBM utk cairkan.


Verdict – Laju Batrisyia makan. Tak mcm dia makan apple puree tu. Walaupun ambil masa utk layan dia makan tp berbaloi sbb dia makan byk. Tapi utk yg aku campurkan dgn EBM, lagi la laju dia makan. Just remember utk bagi anak makan HANYA selepas mereka diberi susu. Ni lepas bagi susu, dia still mkn byk. Aku pulak yg terkejut. Dia marah tau bila Abi dia lambat suapkan.

Note: Untuk sayur, korang boleh ganti dgn sayur-sayur lain yg sesuai.



Ni Abinya suapkan malam tadi

1 scribble(s):

eziannr said...

aku pon slalu wat camnih...hihihi..kalau takdan aku blend ajer nasik yang dah tanak utk lunch/dinner kitorg....ok gak...makan jer aku tgk anak aku tuh.....tak lama lagi bulatlah anak nko dah makan banyak nih...hihihihi

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.