Thursday, April 09, 2009

Check up-6 months

Aku agak risau masa bawa Batrisyia ke klinik for her monthly check up. Sejak 3 bulan lepas, berat dia naik sikit sgt. Sebulan naik 100g.. 200g. Alahai, mcm tak naik je. Kalau check up kali nie berat dia pun tak naik byk, mesti nurse mula ckp mcm-mcm. Aku ada rasa sedikit malas nak dgr bebelan nurse.

Jadi semalam, aku timbang Batrisyia seperti biasa. Wah, alat penimbang berat kat klinik tu dah ditukar ke digital scale. Bagus! Aku mmg suka digital scale sbb lebih accurate dan senang nak tgk berapa ratus gram yg naik dgn tepat. (e.g. 2.589).. Ha.. siap ada nombor selepas titik perpuluhan!

Ku bogelkan Batrisyia dan ku letak dia kat atas scale. Hati berdebar-debar tgk nombor yg sedang naik turun di screen kecil tu. Akhirnya, nombor tu berhenti.. 5.675kg.

Sebulan lepas, anakku hanya 5.2kg. Skrg dah 5.7kg. Kenaikan sebanyak 500g. Nampak sikit tp nombor tu cukup besar bagi aku setelah sekian lama berat Batrisyia tak naik sebanyak tu. Hmm, ye la.. tiap-tiap bln dia demam. Cuma sejak sebulan lepas, dia tak demam. Mungkin sbb tu berat dia naik byk.

5.7kg tu ringan lagi tp sekurang-kurangnya Batrisyia berada dlm golongan yg mendapat cukup zat makanan. Alhamdulillah. Lepas nie mkn byk2 tau!

Nurse tanya samada dah mula bagi bubur atau belum. So aku beritahu apa yg aku dah bg dia mkn. Nurse impressed bila dpt tahu yg Batrisyia masih menyusu badan. Aku pun tak sangka yg aku berjaya menyusukan dia sampai umur 6 bulan and insya Allah nak bg dia sampai 2 tahun. Happy tau bila tgk Batrisyia lebih prefer minum susu drpd makan bubur dia. Hahaha.. tp mkn tetap kena mkn.

Ramai yg menegur Batrisyia ni tak byk ragam. Tak menangis tanpa sebab. Tak merengek. Senyap je. Tau buat hal sendiri. Tak minta didukung sgt walaupun di awal kelahirannya, kami asyik dukung dia.. asyik berkepit aje. Honestly, anakku ni menangis jugak. Dia menangis bila lapar, haus, boring, bontot basah, poo, mengantuk, takut.. mcm budak-budak lain jugak. Tapi dia tak terlalu OVER. Kami pun tak biarkan dia meraung-raung baru la tgk ape yg dia nak. Ye la, ada sesetengah ibu bapa tak layan anak bila menangis. Biarkan anak tu menangis. Bila dah meraung, baru nak layan anak tu. Anak tak boleh dimanjakan sgt. Katanya la..

For us, kami tak la terus pegi ke anak bila dia mula menangis. Kami tunggu juga tp tak la sampai biar dia meraung. Kalau dah meraung, lagi susah nak pujuk kan? Bila dah terbiasa camtu, Batrisyia pun tak tau nak mengamuk. Dia akan nangis sikit-sikit je.

Nak manjakan anak tu boleh tp biarlah berpada-pada, betul tak?

2 scribble(s):

~ As ~ said...

mcm Azam ku juga..macik2 jirang kata anak aku tu agaknya besar nnt pendiam, dah la nangis pun jarang2.. boleh?

Liz said...

xpe la.. janji anak kita okay

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.