Thursday, March 19, 2009

Tolong, suami ku hilang

Kronologi.

18th March 2009, 10.30pm - Hubby dpt call dr kwn dia, Sham a.k.a Man. Abg Man ajak dia keluar minum sbb nak bincang ttg hal company. (Hubby ku ada company and abg Man pun ada company. Mereka ada bekerjasama dlm certain projects).

18th March 2009, 10.40pm - Setelah bersiap, hubby borak-borak dgn aku jap. Sempat la aku pesan dia balik awal. Kalau dgn abg Man ni, kdg2 diorg berbincang sampai pukul 2-3 pagi. Knp bincang mlm-mlm? Sbb abg Man nie jenis tidur di siang hari dan bekerja di waktu malam.

18th March 2009, 10.45pm - Dia keluar dr rumah. Aku tidurkan Batrisyia.

18th March 2009, 11.00pm - Aku masuk tidur.

19th March 2009, 3.00am - Aku terjaga sbb Batrisyia nak menyusu. Tgk jam dah pukul 3 pagi tp hubby tak balik lagi. Hmm, maybe still discuss dgn abg Man. Aku tak dpt nak sms or call dia sbb maghrib semalam br tersedar yg credit ku dah TAMAT TEMPOH. Tak terfikir nak reload awal-awal. Lepas menyusukan Batrisyia, aku turun ke tingkat bwh. Mane la tau hubby dah balik. Selalunya kalau dia balik lewat, dia akan lepak kat bwh dlm sejam. Tu pesan mak dia agar apa-apa 'benda' yg mengikut dia balik, tak dibawa naik ke atas utk jumpa anak aku. Hmm, bila aku turun bwh, dia masih belum pulang.

19th March 2009, 4.00am - Batrisyia nak menyusu lagi. Hubby masih belum pulang. Tiada sms atau missed call dr dia.

19th March 2009, 5.45am - Aku terjaga sbb Batrisyia himpit aku. (Kalau hubby takde, mmg Batrisyia tidur sebelah aku. Dia suka tidur kat tilam parents dia). Hubby masih belum pulang. Aku dah pelik. Takkan tak balik lagi. Sejam lagi aku dah nak pegi kerja. Aku bgn utk mandi dan solat. Masa solat, aku dah risau. Dah lambat sgt, dia tak balik lagi. Lepas solat, aku nyusukan Batrisyia sambil mengepam. Due to stress and worry, hanya 3 oz berjaya dikumpul. Arghh!!!

19th March 2009, 6.30am - Ni takleh jadi nie. Aku bersiap tp tak pakai tudung lagi. Hajat di hati, nak turun bwh and bgtau MIL. Tgh sikat rambut, tiba-tiba pintu bilik terbuka dan hubby tersembul di muka pintu. Aku terkejut dan terus berpaling ke arahnya.

"Abang pegi mana?" tanya ku. Dlm hati, perasaan bercampur baur.

"Genting" jawabnya sambil mukanya menunjukkan reaksi 'mesti bini aku tak caya aku pegi Genting mlm td'

Aku dah menangis kelegaan. Terus peluk dia. Dia ingat aku nangis sbb marah kat dia. No, actually aku sgt-sgt lega sbb dia balik. Bayangkan eh, aku dah fikir something bad happened to him. Masa mandi lagi aku dah pk yg nak gi buat report kat balai polis kalau dia tak balik jugak menjelang pukul 7 pagi! Siap cuba ingat balik baju ape yg hubby pakai sbb mesti polis akan ty soalan tu. Dah terbayang nak call boss aku utk bgtau dia yg aku tak dtg keje hari nie. Hmm, lega sgt!!!!!

Dia kata, dia taknak call aku sbb taknak kacau aku tidur.

Abang Man ni pun satu tau. Asal nak gi Genting buat keje je, mesti nak suruh hubby aku drive. Dia tak reti drive ke sana. Kalau ye pun nak buat keje, pegi la siang. Bg tau la awal-awal nak pegi Genting. Camne plan gi minum kat kedai mamak boleh bertukar kpd plan nak ke Genting?

Sayang sgt aku kat laki aku rupanya.. hahahaha..

Moral of the story:
- Sila reload credit anda bila credit habis atau tempoh telah tamat. Tak kesah la nak guna ke tak. Reload aje la!

- Sebelum hubby keluar dr rumah, pesan kat dia agar call atau sms jika balik lambat. Pedulik la ttg 'takut kacau tidur' tu.

- Jgn bg dia jumpa abg Man lagi. Hoho, kejam tak? What I mean is jgn bg dia izin (chewah) utk jumpa abg Man lewat malam lagi. Kalu betul-betul kena jumpa pun, jgn bg abg Man kidnap dia bwk pegi jauh-jauh.

Tips utk bg kesedaran kat hubby:

- Kalau lain kali benda camni berlaku lagi, nangis je kuat-kuat sampai bengkak mata. Biar dia rasa bersalah sgt-sgt dan menyesal. Buat dia rasa bersalah sgt!

Pagi nie
Kereta aku bau ROKOK!! Isk abg Man ni, nape hisap rokok dlm kereta. Aku dah la alergi dgn bau rokok. Sabar je la. Hilang bau wangi dlm kereta.

8 scribble(s):

WanYgBest said...

ironically, i face the same problem, except that he is not my husband...hahaha...call dia, masuk mailbox, anta text dia x reply, hmates dia pun dah call2 saya kot2 saya tau dia p mane...tejaga kul 3am, msih risau sbb xde text or miscall dr dia, rasanya kwn saya ni x kenal abg man..haw haw haw

Liz said...

wan> haha.. sape org tu wan? rasanya mmg dia dan abg man saling tak mengenali.

Hasliza said...

salam kenal..saya link kan blog awk boleh??:)..mula2 suspen gak bila baca tajuk tu..ermm..kalau saya jadi awk pun mesti dah risau giler..nangis tu mesti wajib buat dah..hehe

Liz said...

hasliza> hi hasliza. boleh je link kalau nak. haha, sy hanya nangis bila dah nmpk dia. sbb lega sgt lah!!!

MUMMY ILA said...

erm..kalau dah camtu sapa la yg x risau ...

salam kenalan.;)

Yatie said...

liz pakai line la kan senang guna celcom 3 plus 1 tu nnti nk call each other free, ku selalu buat video cal kat somi ku kalo dia terlewat blk, blh ku tahu dia kat mana.. hehehehe

Yatie said...

LIZ pakai line la kan senang tak yah nk top up2, celcom 1 plus 3 tu comitment fee RM5 jer.. blh la mu call somi mu malah blh call abg man sekali :P

Liz said...

mummy ila> hallo!

amyatie> ku bkn taknak pakai. hubby dan diriku mmg pakai celcom tp hubby ku nye tu office bg. boleh ke tiba2 nak buat 3 plus 1?

dia ada no lagi satu. no sndr. tp dah jarang pakai sbb ramai org tepon kat no office dia tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.