Tuesday, March 24, 2009

Tip untuk menghadapi growth spurt

Kerana growth spurt yg dialami Batrisyia, hari aku serba tak kena semalam. I was so sleepy lebih-lebih lagi lepas lunch. Terlalu mengantuk sampai aku tersengguk-sengguk seawal 3 petang! Mata pun berair je. Kepala mula rasa pening sedikit, seolah-olah baru bgn tidur lepas Asar (orang kata, x elok tidur lepas Asar). Terus pegi pantry utk bancuh air panas.

Air tak payah nak ckp la.. terasa haus sentiasa. Tekak ni kering je. Bagi sesetengah ibu, mereka akan terasa lapar dan haus yg melampau (tetapi tak la sampai kebulur) ketika anak kena growth spurt. Badan seolah-olah tau yg si ibu perlu consume makanan dan minuman secukupnya utk pastikan susu badan dpt dihasilkan mengikut demand si anak yg akan menyusu lebih kerap ketika growth spurt.

Batrisyia tak byk ragam. Dia pernah mengalami growth spurt sebelum nie. Cuma kali nie, teruk sikit je la. Ahad malam lepas, dia boleh menyusu dgn aku dari 7 malam sampai 9 malam! Pastu dia tidur kejap. Bila aku cuba hentikan sesi, dia menangis tak ingat punya. Kena pujuk dlm setengah jam. Pastu dia minum susu blk sampai pkul 10.30 malam. Penat tau pangku dia sampaikan akhirnya aku menyusukan sambil berbaring.

I got one tip from Internet. Jgn tgk jam ketika handle anak yg sedang mengalami growth spurt. Bila tak tgk jam, kita pun tak tension sbb xtau brp lama anak kita menyusu, brp lama anak kita menangis. Rasanya tip tu boleh digunakan sbb masa hari Sabtu mlm tu, aku tak tgk jam langsung. Bila Batrisyia menangis je, aku bg susu. Nangis je, bg susu. Tak terasa penat pun.


Malam tadi, alhamdulillah sbb berjaya tidurkan dia seawal pukul 9 malam. Dlm pkul 9.30 malam, dia terbangun sekejap utk menyusu. Pkul 10 malam, baru dia betul-betul tidur nyenyak. Maknye tak tidur awal pun sbb nak kena buat mcm-mcm kerja rumah.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.