Monday, March 23, 2009

Tiada tajuk yang spesifik

Batrisyia telah berumur 5 bulan 3 minggu. Rasanya dia sedang mengalami growth spurts sbb hujung minggu lepas, aku perhatikan dia asyik nak minum susu je. Minum lama tp lps tu nak minum lagi. Mcm tak kenyang-kenyang. Mood dia agak baik sbb x kesah nak main dgn semua org. Masa on the way blk ke Cheras, aku dan hubby perhatikan dia yg sedang tidur nyenyak kat car seat. Muka dia dah tembam sikit.

Rasanya badan nie pun tahu yg Batrisyia sedang mengalami growth spurts sbb milk production sedang byk sejak minggu lepas. Skrg nie, aku mengepam bkn utk stok keesokan harinya tp stok utk hari kemudiannya. Alhamdulillah. Harapnya susu sentiasa byk. Nanti dah beli peti ais sendiri, boleh la mula simpan stok byk sikit.

Tak lama je lagi umur dia nak umur 6 bulan. Her first solid food will be homemade rice cereal! Aih, over je bunyi tu. Ekekeke..

Hujung minggu ni dah sibuk nak pindah. Abg Nasir (kawan hubby) dah kosongkan rumah tu last week. Bersemangat sungguh dia nak pindah rumah baru. Kitorang biasa-biasa je. Pindahkan brg sikit-sikit. Nak pindahkan semua dlm masa sehari, mcm tak sempat je. Tgk la mana yg boleh dulu. Maybe 2 minggu lagi baru betul-betul pindah dan duduk sana.

Byk keje nak buat nie. Nak basuh rumah, cat dinding, masukkan brg, kemas bahagian dapur dan stor. Dah ada Batrisyia, terasa susah sikit nak buat keje sbb kena jaga dia sekali. Kalau tak, boleh je nak berhempas pulas buat keje dgn hubby. Sian lak dia nak buat sorang-sorang =(

6 scribble(s):

Faizah said...

ko kene 'cuci' umah tuh weih, takut batrisya tetibe menjerit tgh mlm plkkkkk,

pasni asik nak beli brg umahhhhhhh je la...dulu beli brg anak heheheh

Liz said...

kena 'cuci' umah? wah, sampai camtu sekali ke walaupun dah ada org duduk sblm nie? xpe, nnt ku suruh abg Nasir 'cuci' dan buat pendinding lagi sekali. rumah tu dia dah dindingkan masa mula2 dia masuk dulu.

hah, tu la.. ni dah tiap2 hari belek list brg rumah ape yg nak beli. byk wooo... terkejut abg Izat. satu-satu eh. kalau beli semua sekaligus, kena heart attack dia nnt.

Adwindaa said...

ku dh masuk umah dh hari sabtu... senin citu pindah umah... heheh alhamdulillah adwan tak nangis sbb ku dh tido umah baru dr rabu minggu lepas lagik... best leh men tarik2 adwan lam walker ekekeke.....

Liz said...

mama lin> oh, dah pindah rumah jugak ke? pindah kat mane?

p!nkerton said...

selamat pindah ke rumah baru ye :D
sure excited kan? tapi penat sket la nak mengemas2 barang & at the same time nak kena jaga baby. takpe2, slow2..
dah dok sendiri ni mmg banyak gak barang nak kena beli. kalo dulu boleh share satu rumah. skang sume mende nk kene ada serba satu hehe..
aku sebbaik pindah before deliver ari tu. tu pon tak abih2 kemas sampai ari ni haha hampehh ;p

Liz said...

fatih> thanks. ni baru pindah rumah sewa. kalau pindah apartment ku sndr nnt, lg la byk brg nak beli rasanya sbb rumah sndr kan. mesti nak buat mcm2.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.