Wednesday, March 11, 2009

Spaghetti versi keluargaku

Aku sukakan Italian food. Pasal tu bila pergi Italiannies, berlaku konflik dlm hati sbb tak tahu nak mkn yg mana satu. Hehehe.. salah satu fave aku ialah spaghetti. Jadi, bila dah suka, mesti la kena tau masak sendiri kan? Agak dah byk kali juga aku buat sendiri. Kira boleh la buat jamu org tapi takleh nak buka kedai.. hahaha.

Bila ckp psl pasta, aku sukakan original resipi di mana ia menggunakan tomatoes atau crushed tomatoes yg byk hinggakan kuah tu agak sederhana masam tp sedap! Tapi bila aku buat camni kan, gerenti tak ramai yg mkn sbb org kita nie, x berapa suka masam. Jadi, bila aku buat, mesti ada sedikit pedas atau manis, bergantung pada perut org yg bakal mkn makanan itu.

Resipi di bawah dibuat setelah mengambil kira taste keluarga aku yg tak sukakan masam, tak mahu kuah spaghetti yg pedas sgt dan mahu ia sedap dgn tekak mereka. Jadi, boleh tiru resipi di bawah. Boleh juga olah ikut suka hati korang. Amaun bahan bergantung pada diri sendiri. Boleh juga tukar bahan dgn bahan yg lain.


Spaghetti Versi Keluargaku

Bahan-bahan

Spaghetti
400 gram (or more) daging lembu kisar
Sosej – dipotong ikut suka
1 tin cendawan butang – dihiris sederhana nipis
1 batang carrot – dipotong dadu
3-4 biji tomato – dipotong dadu atau dibelah sederhana nipis
2 biji bawang besar – dipotong dadu
3 biji bawang putih – dipotong dadu
Prego / Heinz sauce
Cili Benggala hijau dan merah – dipotong dadu
Celery – dihiris nipis
Air – jika perlu
Garam – jika perlu
Sos cili dan sos tomato
Serbuk oregano.

Cara memasaknya

- Masak spaghetti mengikut arahan di pek.
- Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar dan masak sehingga sedikit brown.
- Masukkan carrot, cili benggala, sosej, cendawan dan celery.
- Masak sehingga carrot agak lembut dan daging brown

- Masukkan tomato. Lagi byk, lagi best. Hehe.. tu ikut aku la.
- Masukkan Prego / Heinz sauce, sedikit sos cili dan sos tomato. Amaun sos bergantung pada taste anda. Rasa ikut suka. Tambah jika perlu.
- Tambah air jika perlu cairkan kuah. Ada yg suka kuah pekat. Ada yg suka kuah cair.
- Tambah garam jika perlu.
Tambah serbuk oregano ikut suka. Takde pun takpe.
Siap!

Cara makan
- Letak spaghetti dlm mangkuk. Tuang kuah dan makan.
- Boleh juga letak sekeping cheese di dlm mangkuk sebelum tuang kuah yg panas tu. Nanti cheese akan cair. Sedap.
- Boleh juga taburkan cheese kat atas kuah yg dah letak dlm mangkuk tu. Sedap gak.
- Boleh juga taburkan bawang putih goreng. Ni sgt sedap. Aku suka!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.