Wednesday, March 25, 2009

Perkara yang perlu dielak ketika cuba mendekati perempuan

Scene ketika on the way ke car park petang semalam:

Ada sebuah van hitam parked kat tepi jalan. Ada 4 orang lelaki di dalamnya. Salah seorang daripada mereka yg duduk di seat belakang menurunkan cermin kereta, pandang aku dgn muka tersengih-sengih dan mulutnya mengeluarkan bunyi mcm tikus (aih, korang paham-paham la eh..). Aku buat dunno sbb aku mmg nak buat dunno. Dah ler nak cepat ambil Batrisyia. Kunci kereta mmg aku dah pegang awal-awal sbb nak cepat.

Mamat tu tak puas hati kot so dia pun ckp, "Nak pegi mana? Nak saya hantarkan?"

Apakah kesalahan mamat nie dlm hal mengayat / tackle / mengacau / menghilangkan mood / membodohkan diri sendiri?

1st mistake... mengeluarkan bunyi tikus itu
- Orang zaman skrg dah tak main la suweettt tu weih. Tu ketinggalan zaman. Cuba buat mcm Nabil si Raja Lawak. "Agak-agak bila kita boleh couple?" Hahaha.. kelakar la kwn aku nie!

2nd mistake... tersengih-sengih mcm kerang busuk
- Kalau nak tackle perempuan, apa kata anda sebagai lelaki memberikan renungan mengancam kat perempuan tu. Jeling-jeling pun okay. Biar nampak mcm korang syok betul la kat perempuan tu. Sengih-sengih nie, ape hal?

3rd mistake.. tak reti nak memulakan sesi tackle
- "Nak saya hantarkan?" Adoi, ko tak nampak ke aku pegang kunci kereta? Perlu ke aku suruh ko hantarkan aku kalau aku dah ada kereta? Akakakka..

4th mistake.. jgn tackle bini orang
- Tak kesah la muka ko mcm Tom Cruise ke.. Irwansyah ke.. Daniel Wu ke.. jgn tackle bini orang. Adakah aku nmpk mcm belum kahwin lagi? Kuikuikui. Kalau la dia tau beg yg aku galas tu beg susu, gerenti dia cabut lari.

Scene semalam buat aku senyum sendiri. Senyum bkn sbb mamat yg sengih mcm kerang busuk tu. Aku tak suka bila kena camni. Aku senyum sbb teringat kisah-kisah lalu.

Tahun 1994
Masa tu dah hujung thn. Result UPSR pun belum keluar lagi. Lepas exam tu, sek bwk budak darjah 6 pergi lawatan sambil belajar ke KL. Kitorang pergi pameran Tamadun Islam, pegi stesen keretapi dan sebagainya. Kami juga ke Pesta Buku.

Selang beberapa hari, aku dpt la satu surat dr kwn aku sendiri. Perghh, wangi woo surat tu. Aku rasa dia rembat bedak wangi mak dia and bubuh bedak byk2 kat surat tu! Antara kandungan surat tu menceritakan tentang betapa happy nye dia kwn dgn aku yada yada yada.. and dia BERHARAP dpt tukar-tukar buku cerita dgn aku sbb dia nampak aku beli beberapa buah buku kat pesta buku tu.

Mamat tu bkn takleh jumpa aku depan-depan and ckp, "Aku nak pinjam buku kau yg aritu tu boleh?". Sebaliknya dia hantar surat melalui kwn dia sambil kwn dia tu suruh aku balas melalui surat jugak!

We're a good friends! Masa aku belajar kat SMAP, ada la jugak 4-5 kali dia dtg melawat aku. Sampai skrg pun masih contact dia. Ahaks, weih kawan.. kalau ko terbaca blog aku nie satu hari nnt, aku just nak tau yg aku happy kita masih berkawan hingga sekarang eventhough dah tak bergayut kat telefon lama-lama mcm dulu.

Tahun 1998
Aku terima satu surat dr seseorang melalui sorang budak puteri batch aku sendiri. Entah sape.. dia x bgtau nama. Kwn aku tu pun kunci mulut taknak ckp sape yg suruh dia bg surat tu. Anonymous tu nak kwn dgn aku dan nak bercinta dgn aku. Aih, tibe je. Kenal pun tidak. Dia ckp, dia kenal aku sbb aku nie anak cikgu. Another mistake! Takyah la nak ckp ko kenal budak tu sbb mak dia ajar ko ke, bapak dia selalu beli roti kat ko ke, sgt x bagus walaupun reference tu sgt kuat!

Aku tak layan but dia tetap hantar surat lagi. Sampai la aku naik muak. Satu hari, aku saja balas surat tu dan cuba intip kwn perempuan aku nie. Ye la, nak tau dia bg surat tu kat sape. Damn! Dia bg kat kwn sekelas aku sendiri.

Aku pun mengamuk la. Aih, takyah cite la what happened next. Yang pasti, beberapa org budak kelas aku suruh aku couple jugak dgn budak nie. Dan yang pasti, kami bergaduh lama. Dan yg paling pasti, aku taktau mane budak putera dpt idea yg aku couple dgn mamat nie time sek dulu. Aihh, sungguh tak betul!!!

Tahun 2004
Masa ni aku keje sambilan kat pharmacy (Sape dah tau cite nie, takyah la baca.. hikhik). One day, ada sorang customer baru dtg ke pharmacy utk cari Flanil. Aku yg layan customer nie. Orangnya nampak pendiam je tapi mudah tersenyum. Lepas bayar, dia balik. Kerja kat situ telah menyebabkan aku senang ingat muka customer dan ingat ape yg dia beli. Tu salah satu cara utk jadi salesgirl yg bagus tau!

Seminggu kemudian, orang yg sama datang kembali. Kali nie dia mencari ubat selesema pula. Aku juga yg layan. Lelaki nie akan dtg dlm pkul 6 ptg. Dah nasib kot, lepas pkul 6 ptg, mmg aku sorang je yg jaga pharmacy tu. Jadi aku je la yg jumpa lelaki ni.

Perkara nie berlarutan hingga beberapa minggu. Dari Flanil ke ubat selesema.. ke supplements.. berlarutan hingga 7 minggu. Akhirnya, dia terkantoi sbb nak beli vitamin yg dia baru beli 2 minggu sebelum tu. Bila nak cover malu, lelaki tu minta phone no aku.

What a sweet memory!

3 scribble(s):

nuzray said...

hahhaa..

cute nye story yg last skali tu.

tapi crite yg mase kite form 4 tu, sape ek? ko ade crite kat aku tak? ;p

halinazairi said...

salam..hope u dont mind me adding your blog into my BW mommies blogroll :)

Liz said...

azni> ko nie kan, blog ko tu.. kejap ada kejap takde. kehkehkeh. aku nak letak link pun nak kena pk dulu.

owh,last sekali paling cute? aa.. ye la kan.. dr krim flanil, ubat selesema, ubat batuk, vitamin c, vitamin b, vitamin lagi dan akhirnya terkantoi. itulah cite aku dgn abg izat =)

form 4 tu rasanya ko tau kot. ala, ramai budak putera ingat aku couple dgn dia. hmm, nak ckp nama dia kat sini mcm tak sesuai kan? budak tu sekelas dgn aku dari form 1 sampai form 5! kalau x dpt teka lg, bgtau aku. nnt aku bgtau kat tmpt lain.

halinazairi> salam. oh, boleh je. tak kesah. nice blog you have. pandai menjahit eh? sy je tak reti-reti. ni kalau nak tempah, boleh la ek!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.