Thursday, March 12, 2009

Misteri di pagi Rabu

Kronologi

2.30 pagi – Sudah tiba masa utk beri Batrisyia ubat. Kami kejutkan dan beri dia ubat. Lepas tu, aku beri dia susu. Hubby tidur sebentar. Setelah selesai, aku kejutkan hubby. Dia letak Batrisyia dlm playpen nya. Ketika ni, sudah jam 3 pagi.

3.05 pagi – Batrisyia batuk tak henti-henti. Aku bgn seketika utk usap belakang badan dia. 3-4 minit kemudian, aku sambung tidur.

3.45 pagi – Batrisyia menangis dgn kuatnya. Aku dan hubby terjaga serentak. Aku bergegas tgk Batrisyia dlm play pen. DIA TAK ADA DI DALAM PLAYPEN NYA. Ku lihat, hubby mengambil sesuatu di atas lantai. BATRISYIA SEDANG MENANGIS DI ATAS LANTAI!

Panik woo malam tu. Batrisyia nangis. Aku pun nangis. Dah la aku nak dukung dia, hubby tak bagi (sbb dia nak dukung anak dia.. boleh?) . Mcm mane boleh jatuh? Tu perkara pertama yg bermain di fikiran ku.

Aku dah mcm org tak betul mlm tu. Aku checked playpen. Takde lubang. Semuanya okay. Batrisyia dah berhenti menangis. Aku tgk keadaan playpen. Takde ape yg luar biasa. Anak aku bknnye reti berdiri lagi. Sgt mustahil dia panjat keluar dr playpen tu. Sgt mustahil dia jatuh dr playpen. Lagipun, tempat kami jumpa Batrisyia tu agak tak logic.. kat kepala playpen.

Lama kami termenung dan cuba memahami apa yg berlaku. Hanya ada 2 kemungkinan.

1) Batrisyia merengek. Hubby ambil Batrisyia dan bwk dia tidur kat sebelah dia. Lama-lama, bila Batrisyia dah byk gerak, dia jatuh dari katil.


2) Batrisyia merengek. Hubby ambil Batrisyia dan tenangkan dia. Kemudian letak Batrisyia di atas lantai (ni kes mamai so dia ingat lantai tu playpen).

Mana satu yg kedengaran lebih logic? Kami checked Batrisyia. Takde benjol atau merah di mana-mana bahagian kepala. Kalau jatuh, mesti ada benjol kan? Agaknye la.

Risau yg amat. Kami bermain sebentar dgn dia malam tu. Sekadar utk melihat respons yg diberikan. Dia senyum. Dia berdiri tegak. Dia gelak. Matanya mengikut jariku bila aku tunjuk di depan dia. Hmm, nampak okay.

Kami tidurkan dia kembali. Then, sambung termenung dan cuba membincangkan apa yg telah berlaku.

Mungkin hubby ambil anak dia dlm keadaan mamai dan kemudian letak kat atas lantai. Ni kedengaran lebih meyakinkan sbb hubby sendiri tak ingat yg dia tlg aku letakkan Batrisyia semula dlm playpen lps aku bagi susu. Nampak sgt mamai!

Hingga saat entry ni ditulis, kami masih tidak mendapat jawapan yg pasti.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.