Monday, March 16, 2009

Melawat paklong yg sakit

Hari Sabtu yg lepas, aku, hubby, Batrisyia, my MIL dan SIL ke Klang utk melawat paklong yg sakit di Pantai Medical Center, Klang. Paklong nie umurnya dah lebih 80 tahun tp dia masih boleh melihat dan mendengar dgn jelas. Paklong mmg sentiasa menjaga kesihatannya sejak muda lagi. Dia dimasukkan ke hospital utk mendapatkan rawatan setelah mengalami lemah badan akibat kurang makan dan minum.

Alhamdulillah, Batrisyia juga sudah semakin sihat. Batuk sikit-sikit je. Selesema pun hampir sembuh. Buktinya, dia sgt energetic sejak 2 hari yg lepas.

Saya sudah sihat!

Semasa melawat paklong, kesihatannya beransur baik dan dia sudah mula ada selera makan. Bingka ubi yg diberi oleh pihak hospital habis dimakan. Malah, mee sup yg dipesan kat anak dia pun, dia mkn dgn berselera sekali. Ranck jugak paklong berbual dgn semua org. Alhamdulillah.


Semoga cepat sembuh, paklong

Budak nie mmg tak kesah menumpang kasih dgn sesapa

Masa kami bertolak pulang ke Cheras, kami masih belum mkn tgh hari. Jam sudah menunjukkan pkul 4 ptg! Dalam perjalanan, hujan turun dgn lebatnya. Kami yg sgt lapar mengambil keputusan utk mkn di My Asam Pedas Shop Linda Onn berdekatan Tesco Ampang. Aku dgn hubby dah beberapa kali mkn sini. Ni merupakan kami pertama yg MIL and SIL mkn kat situ. Aku rasa diorg suka sbb sampai tambah nasi. Yer la, tgh sejuk n mkn makanan yg panas dan pedas. Sgt sedap!!

Hubby ku sgt buruk lantak. Dia mkn sampai licin kuah dlm mangkuk asam pedas. Tau la tu lauk fave dia.
Ni apa kes buat muka camni?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.