Monday, March 16, 2009

Masakan Thailand di Bangkok House

Entry ni dibuat sebegini lambat utk mengelakkan daripada Sue si pengantin baru tahu yg Weed ada kat Semenanjung. Hehe.. tak psl-psl Weed tak dpt surprise kan pengantin.

Anyway, hari Khamis.. aku,Kd, Syiefa, Weed dan Piun berjumpa. Plan dibuat last minute. Kami berjumpa di Bangkok House. Aku taktau la samada diorg rasa makanan kat situ sedap ke tak. Mcm aku, aku okay je mkn kat sana. Hikhik.

Aku dgn hubby pegi la awal walaupun Kd tak bgtau yg dia on the way dr BTS. Sampai sana, tgk Piun dah menunggu. Sian dia sorang-sorang. Hehe.. Lama dah tak jumpa Piun ni. Borak-borak kejap. Disebabkan perut 2 lelaki ini sudah lapar, kami order makanan (akhirnya kena ‘marah’ dgn Kd.. hehe). Batrisyia dah senyap je.. rasanya dia ngantuk.
Lepas merenung Piun dgn lamanya, akhirnya dia tertidur. Hubby pegi ambil pouch. Sudahnya dia tidur dlm pouch ada la dekat setengah jam kot. (Ku tak habis promote pouch sbb mmg senang amat. Nak mkn sambil pangku anak pun takpe. Tapi kena make sure la tak mkn yg bersup nie. Kalau nak pun, sediakan mangkuk kecil agar tak tumpah kat baby).

Masa bebudak lain sampai, Batrisyia tidur lagi. Diorg pun order pelbagai jenis lauk yg masam-masam sampai kena tegur dgn tokei kedai. Pembawakan budak!! Hohoho.. sape lak yg pregnant. Sampai je makanan, terus belasah mkn dulu. Then, baru la borak-borak sambil menikmati air masing-masing.

I love that steam fish. Masa mkn dulu pun, seekor ikan tu kami mkn 2 org. Mmg masam sbb letak limau tp kemasaman limau tu la yg buat ikan tu tak hanyir. Sedap woo. Aku ingat nak la belasah mkn ikan tu skali tp sbb tgk bebudak lain mkn dgn berseleranya, aku bg chance diorg mkn. Aku bila-bila boleh dtg sane lg.

Bila Batrisyia bgn, semua makcik-makciknya sibuk nak dukung. Dia juga telah mendapat nick name baru yg diberi oleh makcik Syiefa iaitu OMEYA.. gitu la bunyinya. ME tu bunyinye mcm MEI..camne eh nak bg sedap eja? OMEIYA.. or OMEYA.. ekeke.. ni ape la aku merepek. But I like that nick name sbb bunyinya cute!

Tak dpt nak stay lama mcm diorg sbb Batrisyia dah merengek nak tidur. Kami pulang pada pkul 10 malam. Bebudak lain tunggu Aiman sampai. Sempat lagi bakal pengantin baru nie keluar malam-malam utk jumpa kwn2 dia.

Ku ingat Batrisyia nak tidur lepas balik tu. Tidak yer. Dia bantai berjaga sampai pkul 11.30 malam. Dah sampai rumah, mata terus segar. Dia ajak main. Terpaksa main geletek-geletek dgn dia. Setelah sekian lama sakit, malam tadi dia mcm ada tenaga dan tergelak-gelak tahan geli. Dan buat pertama kalinya, dia tidur dgn sgt nyenyak tanpa ada batuk berterusan dan merengek memanggil abi dan uminya. Sekali je dia bgn utk minum susu pada pkul 12.30 pagi. Mesti dia pun rasa syok sbb akhirnya dpt tido dgn aman.

Harapnya dia beransur sihat. Dah la hari ni cuaca mendung je. Takut dia kesejukan pulak. Tak pasal-pasal selesema dan batuk dia teruk balik.


Pura-pura berbual for the sake of the photo


Tak perlu pangku.. aih, senangnya!

Hanya mereka yg minum chinese tea saja yg boleh bergambar.
Mereka yg minum teh ais dan orange juice hanya boleh
masukkan gambar tgn sahaja

Ex-SMAPian di Bangkok House

4 scribble(s):

cure32 said...

wah aku gumbira ko suke gak nk nick tuh..
oh ejaan die mcm ni = omeyya :)

xpuas pegang anak ko ari tuh.huhuhu akibat xsihat & mini size..die nmpk mcm fragile aje

*bangkok house mmg best.bole pegi lagi~

Liz said...

syiefa> oh, omeyya.. hikhik.. mmg aku suka sbb bunyinye cute. ni pun kdg2 aku panggil dia omeyya.

skrg omeyya sudah sihat. boleh la pegang dia lg time kenduri farr nnt. mcm aritu, dgn kd pun dia xnak tp time kenduri aiman, dia sudah sihat dan mahu didukung.

lain kali kita gi mkn kat bangkok house lg. and this time, aku tunggu korang dtg baru kita order makanan =)

cure32 said...

best2.. sbut2 psl omeyya..huhu aku rindu la pulak kat omeyya ku di johor itu...

yeay batrisya omeyya..tunggu ku di enduri farr ya~

Liz said...

hey, omeyya batrisyia la! hikhik.

insya Allah, aku pegi kenduri farr tu. tp ni abg izat kata, dia maybe kena kerja. xtau lg. huwaa, harapnya dpt la pegi. tp this week mmg busy ah. sbb ahad tu ada kenduri kat sban lak. uhuks

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.