Tuesday, March 10, 2009

Majlis Perkahwinan Suhaidah & Zahidi

Pada hari Sabtu yg lalu, geng Taman Dahlia yg terdiri daripada aku, Maisya, Ezu dan suami serta anak masing-masing telah hadir ke majlis perkahwinan geng Taman Dahlia iaitu Sue yg telah menamatkan zaman anak daranya dgn kekasih 'teman tapi mesra' nya Zahidi. Majlis bertempat di Muar (atau Muo kalau ikut bunyi Sue.. ekekke) sgt meriah dgn kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan pengantin.

Seperti yg telah dijanjikan, kami telah mengamalkan sistem 'roger-roger org lain bila dah gerak'. Maisya yg bertolak dr KL akan sms aku bila dia sampai R&R Seremban. Aku pulak akan sms Ezu bila dah gerak dr Seremban. Jadi kebarangkalian utk sesiapa yg terpaksa tunggu org lain yg lambat tu dpt dikurangkan ke tahap yg minimum!

Kami sampai di Muar dlm pkul 1.45 petang. Pengantin masih belum berarak. Jadi kami mengambil kesempatan utk berjumpa Sue utk sesi 'muah-muah.. selamat pengantin baru' dulu. Then, terus ke meja hidangan utk mengisi perut yg dah lapar. Anakku dijaga oleh seorang makcik merangkap orang pangkal yg terus ambil Batrisyia bila nampak kami nak mkn. Terima kasih makcik!

Selesai makan, kami berehat di rumah Sue (buat mcm rumah sendiri.. anak-anak bergolek-golek di carpet merah tu) sambil menunggu pengantin selesai makan beradap. Ye la, takkan nak balik begitu aje kan? Nak la bergambar dgn pengantin lelaki sekali.

Akhirnya tamat la episod teman tapi mesra mereka. Bercinta tp tak mengaku.. Menyampah tau! Ekekekke...

Semoga pasangan ini berbahagia sehingga ke akhir hayat!

Cun seh si Sue nie! Ramai terkejut.


Acara melontar coklat dan duit seposen. Sue menunjukkan skill melontarnya yg garang!

Anakku yg tak byk ragam.. time kaceh cayang!

Dina yg sgt cute dgn gown!

Mak-mak, bakal mak dan pengantin

2 scribble(s):

Faizah said...

mak2, bakal mak dan pengantin...hehehe, pecah lobang kt situ :D

tahniah sue,mahap ler tak dpt dtg..moga berbahagia hingga ke akhir hayat

harap sue bace komen aku nih hihi

Liz said...

ape yg pecah lubang, faiz?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.