Friday, March 20, 2009

Kami akan berpindah.. yeay!

Ku bakal berpindah ke rumah sewa. Setelah sekian lama tinggal dgn MIL dan SIL, akhirnya dpt hidup sendiri. Aih, bunyi mcm ape je. Ye la, lambat sgt rumahku kat Cheras Intan nak siap. Baik cari rumah sewa dulu. Kalau rumah kat Cheras Intan tu siap 3 tahun lagi, takkan nak duduk dgn MIL 3 tahun lagi? Wah, taknak la. Hikhik.

Keputusan utk berpindah dibuat dlm masa kurang dari sejam. Hubby terus contact beberapa rakan dia utk tlg cari kalau-kalau ada rumah utk disewa. Sekejap je dah dpt. Kat area Hulu Langat. Rumah batu yg sederhana kat kawasan kampung.

Jadi ptg semalam, kami terus pegi tgk rumah tu. Kwn dia dulu duduk kat rumah tu. Now nak pindah ke rumah berdekatan yg lebih besar. Kiranya rumah skrg nie berada dlm keadaan terjaga. Alhamdulillah, Tuhan mudahkan usaha pencarian kami. Insya Allah kami akan berpindah pada hujung bln nie.

Rumah nie kat kawasan kampung yg kecil. Redup sgt. Boleh dgr bunyi ayam dari reban. Depan rumah ada pokok rambutan, manggis dan delima. Tuan punya rumah ckp, “Nanti dah berbuah, ambil la. Jemput la sesapa dtg pun. Ambik je. Makcik tak larang. Kalau ada manggis, nak panjat, panjat la”. Wah, boleh la buat jem rambutan dan manggis lepas nie.

Kat blkg rumah, ada tanah sekangkang kera. Boleh la nak buat projek ala-ala Jamie Oliver.. tanam apa yg patut. Dah bersemangat nie nak berkebun.

Bila nak pindah ke rumah sewa sendiri, rasa excited sbb mcm-mcm nak kena beli. Hubby agak seram dgn my excitement. Takut aku suruh dia beli mcm-mcm. Hahaha.. Okay,okay.. ku akan beli yg penting-penting je dulu. Yang kurang penting, kita beli kemudian tau! (Mesti dia termenung bila aku hand over list brg2 yg nak kena beli).

Hmm, byk jugak nak pakai duit minggu depan. Semoga Tuhan turunkan rezeki yang lebih pada kami. Amin =)

4 scribble(s):

Afhm said...

bestnyer.. Mesti byk projek baru yg liz nak buat hehe.. I wish I could do the same.. huhu All the best!

Liz said...

mmg byk tp satu-satu dulu la. sy nie, skrg br nak pindah. patutnya dah lama pindah. maybe lps ni ur turn lak

Hasliza said...
This comment has been removed by the author.
Liz said...

hasliza> x perlu minta maaf. actually, x perlu delete. cuma perlu ubah je or maybe guna ayat sndr kan instead of copy.

must be careful next time.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.