Thursday, March 26, 2009

Kadang-kala, rezeki itu bukan datang dalam bentuk wang ringgit

Banyaknya kerja nak kena buat bila pindah rumah. Tak tau la ada tenaga nak buat semua nie berdua ke tak. Masa sgt terhad!!!

Things to do:

- Kemas brg2 kat Cheras (buka katil, kosongkan wardrobe, kemas baju, kemas semua brg)
- Basuh rumah Hulu Langat
- Cat semua dinding
- Betulkan apa-apa kerosakan
- Pasang tile baru kat bilik air
- Pasang carpet / tikar utk ruang tamu dan bilik-bilik
- Bersihkan laman luar
- Pindahkan semua brg ke rumah Hulu Langat
- Kemas semua brg kat rumah Hulu Langat
- Jadikan stor yg besar itu sebagai laundry room
- Shopping brg-brg utk rumah Hulu Langat (serious, byk giler nak kena beli)


Di entry nie, aku ada ckp psl 'rezeki'. Aku ada ckp kat hubby, rezeki tu kdg2 bkn dtg dlm bentuk wang. Masa tu dia tak faham. Tapi malam tadi, baru la dia faham apa yg aku cuba sampaikan. Malam tadi kami ke rumah sewa tu. Abg Nasir kata nak buat sesuatu. Rupanya tuan rumah tu belikan pintu baru utk bilik air. Makcik tu, husband dia dah meninggal dunia. Kalau dulu, husband dia yg jaga rumah-rumah sewa kat situ. Tapi skrg, kalau ada sebarang kerosakan, dia akan minta org buatkan.

Mcm semalam, dia beli pintu baru utk dipasang di bilik air. Dia letak kat rumah tu dulu. Abg Nasir nampak. Tu yg dia suruh hubby dtg and tlg dia pasangkan pintu tu. Tapi sampai sana, makcik tu menegah. Dia kata, dia akan suruh org pasangkan. Semalam juga dpt tahu yg makcik tu dah beli cat utk cat rumah tu semula. Pun dia akan suruh org catkan. Rumah tu pun dah dicuci bersih. Cuma nanti tinggal nak sapu balik je. Laman luar pun dah bersih.

Itulah antara rezeki yg aku maksudkan (jadi boleh italic kan mana2 yg tidak perlu dibuat lagi). Tak perlu nak keluarkan duit dan tenaga. Ahaks, baru semalam aku ambil katalog cat kat kedai. Excited eh nak cat rumah. Sekali makcik tu dah belikan pulak. Aku tak tanya pulak warna apa yg dia beli.

Hmm, walaupun rumah tu tak sebesar rumah aku nanti, aku tetap puas hati sbb dpt duduk sendiri =)

Ada yang bertanya, "Bila masa ko beli rumah?". Yer, aku dah beli sebuah apartment tp tak siap lagi la.



0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.