Tuesday, March 03, 2009

Homemade baby food

Pagi-pagi lagi, dah berborak di ruang siber dgn Sue. Tujuannya adalah utk bertanya ttg baby food. Akhir-akhir nie aku byk kumpul resipi baby food dan cuba cari info mcm mane nak sediakan dan simpan baby food.

Di wholesomebabyfood.com, ada byk info dan artikel mengenai penyediaan homemade baby food. Bagus sgt! Kat situ, baru la kita dpt tahu betapa senangnya nak buat baby food. Tak perlu nak bg anak mkn instant baby food yg kaya dgn chemical, msg, pengawet dan garam.

Penyediaan homemade baby food MUNGKIN nampak susah sbb semuanya kena buat sendiri dari awal. Yer la, antara:

1) Kupas buah, rebus buah sampai empuk, puree kan
2) Buka tin nestum, bancuh nestum

MUNGKIN nampak No. 2 tu sgt mudah sbb jimat masa dan tenaga TAPI anak-anak akan terdedah dgn pelbagai benda yg tidak sepatutnya dimakan di usia mereka tu.

Sebenarnya, sesuatu perkara tu akan nampak mudah bila kita anggap ia mudah. Practice makes perfect. Alah bisa tegal biasa. Awalnya mungkin kita rasa leceh tp bila dah terbiasa, semua tu akan nampak seperti satu rutin yg mudah.

Adakah anda tahu yang:

Susu ibu merupakan makanan yang lengkap utk bayi berumur 6 bulan ke bawah

Pernah tak dgr ayat-ayat ini? :
Anak makcik, umur 2 minggu makcik dah bg makan nasi. Kdg-kdg makcik campur dgn pisang. Okay je dia”.
Umur 4 bulan dah boleh campur nestum dlm susu. Buat cair-cair. Bagi kuat sikit badan anak tu
Anak tu ruam sbb tak bg minum air masak. Asyik minum susu je. Mana boleh. Air masak tu byk garam mineral utk baby”.

Kdg2 kita tertanya-tanya, kenapa diorg boleh buat mcm tu kat anak mereka? Anak mereka elok je hidup kan? Kiranya nampak mcm tak mendatangkan bahaya pun kalau bg anak makan awal-awal.

Melalui perkembangan sains dan teknologi, penyelidik mendapati bahawa susu ibu kaya dgn pelbagai mineral, vitamin dan antibody utk bayi. Ia cukup lengkap hinggakan bayi tidak memerlukan makanan tambahan. Melalui penyelidikan juga, penyelidik mendapati bahawa perut bayi tidak mampu mencernakan makanan-makanan tambahan tersebut (termasuk GARAM) dgn baik. Malah, ada sesetengah makanan tambahan mampu menyerap nutrient yg terkandung dalam susu ibu atau susu formula. Selain dari itu, peratusan bayi dan kanak-kanak yg meninggal di usia kecil juga turun ke tahap yg lebih rendah.

"The health benefits of breastfeeding for babies and mothers have long been recognized and it is now globally recommended that it be continued exclusively for six months. Although there are few controlled trials to support this recommendation, the most important advantage is less morbidity [death] from gastrointestinal infection in developing countries. There is also evidence that respiratory tract infections and atopic dermatitis is reduced, and the maternal risk of breast cancer decreases, particularly with a longer duration of breastfeeding and a high parity. " – The Journal of the Royal Society for the Promotion of Health.

Betul, makan nasi umur 2 minggu pun masih hidup. Makan lauk (yg letak garam) masa umur 7 bln pun masih sihat. Tapi bolehkah anda bg guarantee yg perkara ni bkn antara sbb mereka tu menghidapi beberapa penyakit di usia dewasa (seperti darah tinggi, sakit buah pinggang, kencing manis)? Kita tak tau. Bila tak tau, seeloknya tanya pada yg pakar atau cuba elakkan memberi anak kita mkn benda yg tak sesuai dimakan ketika bayi.

Makanan seafood hanya boleh diberi selepas umur 1 tahun

Ia untuk mengelakkan anak anda drpd alergi terhadap seafood di KEMUDIAN HARI. Ada sesetengah kes, alergi tu boleh terjadi selepas anak anda mkn seafood. Ada jugak yg tidak. Tiada tanda anak anda alergi selepas mkn seafood bukan bermakna anak anda tidak akan alergi terhadap seafood. Alergi boleh berlaku di kemudian hari.. 2 tahun kemudian, 5 tahun kemudian.. ia boleh berlaku.

Pernah tak terfikir, “Kenapa dulu okay je aku mkn seafood.. skrg kalau mkn mesti gatal-gatal?”

That’s what I mean.

Bila anak lewat diperkenalkan dgn seafood, kurang la risiko alergi tu utk develop dlm dirinya. Alergi berlaku apabila badan tak recognize makanan tu dan seterusnya menganggap makanan tu sebagai benda yg boleh mengancam dan berbahaya. Jadi, badan akan mengeluarkan antibody terhadap ‘bendasing’ tu. Sistem badan bayi yg kecil masih belum mampu mengenal mana yg baik dan mana yg buruk.

Panjang dah bercerita. My advice is kalau nak buat sesuatu utk anak, carilah ilmu sebanyak mungkin. Fahamilah semua perkara sebelum memulakan sesuatu. Utk info yg lebih mendalam boleh click kat my sidelink. Telah aku sediakan link ttg pemakanan bayi di situ.

Nak prepare baby food nie tak susah. Lagi susah memasak utk org dewasa. Hikhik. Ape nak susah. Kupas buah, rebus sampai empuk (steam dan bakar pun boleh), kemudian puree kan. Ia nampak susah sbb nak rebus.. maknanya kena tunggu kan? Ala, bknnye nak kena mengadap periuk tu. Sambil rebus, leh buat keje lain kan?

Peralatan utk buat baby food pun sememangnya dah boleh dapat kat dapur. Periuk, sudu, garfu, penapis, pisau. Cuma blender seeloknya ada blender khas utk buat baby food. Jgn la guna blender yg kita guna utk blend cili tu. And utk ibu-ibu yg nak minta pengasuh suapkan baby food, mungkin boleh consider beli food warmer utk memudahkan kerja pengasuh tu. That’s it. Itu je benda yg nak kena ada.

Dah ordered food warmer kat Sue. Malas la nak gi survey kat tempat lain. Bagi aku, penting la nak beli food warmer nie. Kenapa?

Anak aku dihantar ke nursery. Dah la pengasuh kena deal dgn EBM. Ni nak kena lecehkan diri panaskan baby food utk anak aku. Kalau bg nestum, senang sbb dia akan bancuh sekali byk and bagi semua babies mkn sekaligus (mkn ramai-ramai). Kalau bekalkan baby food, aku pun tak sure samada diorg ada microwave utk panaskan ke tak. Plus, bila bg food warmer, leh la diorg panaskan susu anak aku sekali. Susu yg tersimpan dlm food warmer boleh tahan selama 2 jam berbanding susu yg dipanaskan secara manual (rendam botol susu dlm air panas). Elok la mudahkan kerja pengasuh. Baru la dia senang hati nak jaga anak kita kan? Dah la lps nie aku nak introduce CD kat diorg. Hohoho, tu tunggu stock CD aku byk sikit.


Marilah kita cuba kurang dedahkan anak kita terhadap chemicals. Go green and back to natural. Marilah jadi ibu yang 'mundur ke belakang'.

4 scribble(s):

p!nkerton said...

good info! food warmer tu brand ape yg elok eh? brape rm? haaa ni ke parcel yg ko tunggu2 tu? ;)

Liz said...

fatih> warmer ni ada mcm2. ada yg khas utk susu. ada yg khas utk baby food. mcm yg aku order tu, brand Snowbear. tak sampai RM150 pun. aku ada pegi tgk warmer lain gak. ada yg harga lebih RM300 gak. tgk la ape feature yg dia bg. kdg2 brand je yg buat benda tu jd mahal sedangkan sama je fungsi.

terpulang la. kalau rasa nak yg mahal, beli yg mahal. mcm Snowbear, ada warranty setahun. plus, dia ada bg car adapter sekali. so kalau nak travel, leh panaskan baby food dlm kereta je.

dah dpt warmer nie nnt, aku buat review. hehe.. oh, tu bkn 'benda' yg aku tunggu2 tu. ekekke.. benda tu bkn parcel la.

Pink Stilettos said...

my OB told me that a lot of Indonesians suka bagi baby dorang mkn pisang lecek when they are just a few months old. ada yg sampai kes perut baby pecah - they thought it was bcoz of somthing else, not the food. of course it was the pisang lecek. babies' digestive system is not fully matured to digest food. ngeri jer dengar..

susu ibu is the best for babies! :)

Liz said...

iza> sampai pecah perut ke? one case yg i penah dgr is baby tu sakit perut sgt sampaikan yg poo yg keluar tu BERSERAT! kesian sgt.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.