Tuesday, March 31, 2009

Bukan lagi orang Cheras

Setelah berulang-alik Cheras-Hulu Langat beberapa kali dlm 3-4 hari nie, kami akhirnya akan mula duduk rumah tu malam td. Barang mmg satu hapa pun tak kemas lagi. Mmg la barang tak byk sgt tp byk jugak nak kena kemas tu.

Bahagian dapur mmg perlu dicantikkan. Chewah, walaupun tak dpt nak buat secantik dapur Jamie Oliver, tak kesah la. Lagipun, umah sewa. Kitorang xde la nak buat renovation beriye sgt. Bkn rumah sendiri pun. Cukup la sekadar dpt membuatkan kami selesa utk tinggal di sana sampai rumah kami siap dibina.

Tak tau nak rasa apa. Perasaan bercampur-campur. Rasa excited sbb akhirnya dapat peluang utk hidup sendiri. Tak perlu nak menumpang rumah orang lagi. Rumah tu hanya kami yang punya. Rasa nervous sbb sekelip mata je duit ku dah kurang. Mak aii, byknye pakai duit!

Hubby dah mula request aku masak beberapa lauk yg pedas-pedas. Yang paling geram tu, dia ckp, “Stock sardine mesti ada beberapa tin. Senang nak masak”. Dia ni kan, kalau sebulan x mkn sardine,tak sah! Kdg2 boring tau sbb masak lauk simple camtu tp bila tgk dia mkn bertambah nasi, menjilat jari, licin pinggan dan suruh masak cekodok utk sarapan hari esok (so boleh cicah dgn sambal sardine), ku relakan je la hati ni masakkan lauk sardine utk dia. Dapur dah ada tp belum berasap sbb tak sempat lagi nak gi beli tong gas. Hikhik.

Nak cat semula ruang tamu sbb warna cat yg makcik tu pilih kurang cantik. Hehehe.. ampun makcik! Night curtain dah ada, nak alter je. Day curtain,kena cari kemudian. Dahulukan yg penting eh! Ku bkn org kaya nak buat semua benda sekaligus.

Best rupanya duduk kat Hulu Langat. Sejuk, nyaman, mcm kat kampung, leh dgr bunyi cengkerik dan ayam-ayam berkokok. Mcm taknak bgn je pg td bila jam loceng berbunyi pkul 5.30 pagi. Air dah la sejuk giler, gigil lepas mandi. Hehehe.. segar!

Hah, nak tgk gambar? Oh, tunggu la bulan depan ke.. 2 bulan depan ke.. tunggu rumah tu cantik dan sedap mata memandang sikit yer.

3 scribble(s):

Adwindaa said...

hmmm biasa la liz... lin yg dh dkt 2 minggu pindah ni pun masih berselerak lagik lam bilik... yg paling sakit nak ngemas adalah kain baju... adesss bila la nak abis kemas n lipat baju nie.....

Liz said...

Lin> tu la. Mlm tadi dah kemas sikit2 brg kat dapur n bilik. Baju2 satu pun tak sentuh lagi. Semua terlonggok kat satu tempat.

Cik CT said...

sis,salam ziarah..came nk cntact sis?hav few questions bout breastfeeding la...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.