Thursday, March 05, 2009

Bila tersalah rekod

Tak sabar nak tunggu hari esok.

Nak balik kg. Isk, bunyi mcm jauh je kg. tu. Lain rasanya bila berada di rumah sendiri.

Hujung minggu ni, aku dgn geng Tmn Dahlia akan ke kenduri Sue Cinonet di Muar. Dia merupakan budak terakhir dlm Geng Cute yg akan menamatkan zaman dara nya. Yeay! This is the first time Batrisyia akan berjalan jauh. Nervous lak rasanya. Takut dia penat. Baby kalau dah penat.. hmm, she’ll be cranky, moody.. silap-silap menangis dan terus demam. Mane la tau kan?


Masa pegi clinic semalam, orang tak ramai. Batrisyia diletakkan dlm pouch merahnya. Mata nurses terarah pada kami tp aku buat tak tau je la. Berat Batrisyia naik sikit je. Hmm, takpe la. Ingat je ape doktor ckp sebelum nie. No need to worry.

Bila masuk bilik utk check up, lebih byk mata yg memandang. Nurses mengerumuni aku.

Nurse 1: Eiii, best nye dia duduk dlm tu. Eii, korang. Tgk la baby nie.
Nurse 2: Kaki dia camne?
Me: Kaki crossed.
Nurse 1: Oo.. (sambil menjenguk dlm pouch). Tak sakit ke?
Me: Tak la. Mmg camni cara pakai. Kalau sakit, dia mesti nangis.
Nurse 1: Aah kan? Eh, okay ke camni? (dia tanya Nurse 2)
Nurse 2: Entah. Okay kot. Pakai sekejap je. Kalau tak, rosak tulang belakang.
Nurse 3: Berapa bulan?
Me: 5 bulan.
Nurse 2: Kalau anak aku, jgn harap la!

Aik, mcm tak puas hati je nurse yg sorang nie. Jauh beza dgn nurse kat Hospital Ampang yg sgt kagum sbb aku bersungguh-sungguh nak bawa anak mcm tu.

Jadi, pagi2 nie aku dah cuba cari artikel ttg keburukan babywearing. TAK JUMPA! Adakah tu bermaksud babywearing nie takde side effect terhadap tulang belakang dan postur baby? Kalau sesapa ada more info, tlg bgtau. At least, aku leh argue dgn org2 perubatan yg pandang mcm aku nie tak sayang anak. Aku rasa la, kalau salah posisi, baru la leh bg side effect. Kalau budak tu elok je baring dlm pouch, elok je duduk dlm pouch.. rasanya okay je.

Hubby siap ckp, "Anak-anak orang Indonesia tu okay je. Kuat-kuat semuanya!". Amek ko!

Aku pk balik, entah-entah.. nurse tu taktau pun istilah babywearing dan kebaikannya. Ye la, bkn semua nurse tau kan? Sama la mcm susu ibu. Bkn semua nurse/doktor merasakan susu ibu tu paling bagus!

Semalam aku agak emo dgn nurse. Ekeke.. citenye camni.

Nurse 1: Anak minum susu ape eh? (sambil tgk kad).. oh, susu badan.
Me: Yer.
Nurse 1: Masih susu badan?
Me: Yer.
Nurse 1: Okay.. susu badan campur susu formula (sambil tulis kat kad).
Me: Eh, mane ada bg susu formula.
Nurse 1: Ni, ada tulis kat rekod sblm nie.

Di kad, tertulis "BF + AF".

Me: Eh, mane ada! Silap tu! Saya tak pernah bg anak saya susu formula!

Perasan tak "!" di setiap hujung ayat? Tu maknanya aku berckp dgn nada tertekan.. hehe..

Nurse 1: Ye ke? Isk, salah nie? Jap saya betulkan. Pandai-pandai je diorg nie.

Hehehe.. tu la, pandai2 je tambah "AF" eh?

7 scribble(s):

p!nkerton said...

sabo je la eh! kdg2 nurse ni mmg aci lps cakap je, mcm la drg tau sume bende! sakit hati dibuatnye..
eh lize, ko beli sling merah tu kat mane eh? bleh tak bagi site yg ada benda2 tu? nk start survey. mahu beli juga :)

Liz said...

fatih> dah biasa dah dgr bahasa kasar nurse. tp x semua nurse kasar. ada yg baik sgt2! hehe..

sling merah tu brand Littlepods. boleh masuk www.littlepods.com utk tgk warna2 pilihan dan outlets yg ada jual sling ni. aku beli kat Babyjaya Ampang Waterfront.

ada mcm2 jenis sling e.g. pouch, ring sling, soft structured carrier, mei tai.. huhu, boleh check http://malaysianbabywearers.lefora.com/forum/ utk dptkan review ttg babywearing.

aku penah guna ring sling tp agak leceh sbb aku tak reti. hehe.. tgk vcd byk kali pun, fail jugak! last2, lps baca review kat sane, aku beli pouch. hasilnya, sgt senang nak babywearing Batrisyia. takyah nak adjust apa2. masuk je baby dlm tu, dah leh gerak. hehe..

before beli, cuba pakai dulu. kat kedai, selalunya ada contoh. boleh cuba. kalau rasa okay, baru beli.

Lady Dee said...

hi liz.. blog hopping from iza's..

i pun gune sling for my 8month old son since newborn and i pun slalu dpt comments mcm tu - xsakit ke, comfy ke, ok ke tulang belakang die..

kalu helper indon pakai kain batik xde pulak org nk komen kn? i think because pakai sling/pouch ni attention grabbing, so org tgk pelik sikit,tu yg dieorg stare n bg komen.

i pun mcm u,xgeti pakai ring sling n wrap. mcm complicated. i hv 2 hotsling pouch & 2 lilrubi pouch.
my baby kalu in his sling, specially time tdo, cm best jek muke die.. bliss!

Liz said...

lady dee> hi!

betul. kalau indon pakai, diorg tak lak nak bg komen sdgkan kdg2, diorg pun pakai tak betul. pouch sgt senang la. masuk je. tak payah nak pening kepala nak tarik-tarik fabric =)

precious innocent said...

xleh nak bbwearing dah...

ryan xmo... ayahnye lak x approve..

mencik!!!

af sama ke dgn fm???
af=akademi fantasia, fm=formula milk..

deng!!!

-mama emma-

Liz said...

kak emma> ayahnya risau psl kaki anak eh? hehe.. what to do..

bkn af yg akademi fantasia eh.. ekekke.. akak sudah demam ke?

af nie sama la dgn fm rasanya. sbb bila ckp susu formula, nurse tunjuk kan 'af'. rasanya af tu bermaksud alternative formula or maybe artificial formula? hehe.. tak tau dan tak ty la time tu.. hehe

MarDiah said...

hmm.. mcm2 ragam manusia. bg kitelah, lantaklah org nak buat apa pun yg dia org rasa baik utk dia org. lainlah kalau kite tau dan ada proven evidence yg mende tu x elok, brlah kite leh nak tegur ke. kalau takat nak cebik dengki, x puas ati sajer2.. buang masa n tenaga jek.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.