Tuesday, March 17, 2009

Bagaimana hendak menghilangkan jerawat di muka? (Part II)

Susulan daripada komen-komen terhadap entry ini, maka aku bagitahu la ape yg hubby aku buat utk hilangkan jerawat di mukanya tu.

Macam aku ckp sebelum ni, takde apa-apa rahsia. Therefore, kalau korang agak kecewa dgn apa yg aku bakal beritahu, ampunkan patik.. hehehe.

Okay, sebelum apa-apa, aku akan beritahu apa yg doktor beritahu my hubby ttg keadaan mukanya ni. Hmm, masa mula-mula kena dulu, mmg dah byk doktor kami tanya. Everytime pegi clinic sbb demam ke ape.. mesti nak tanya psl muka dia juga.

Doktor ckp, ada byk benda yg boleh menyebabkan jerawat tumbuh di muka dgn teruknya. Hormon, persekitaran, penjagaan muka, darah etc. Doktor menjangkakan, jerawat hubby ku mungkin disebabkan hormon dan darah setelah mengambil kira hubby ku cuci muka tiap-tiap hari dan tidak bekerja di persekitaran yg kurang bersih.

Ada doktor yg suruh cuba guna Tea Tree Oil. Ada yg bg ubat alahan. Mcm-mcm ubat kami dpt. Kdg-kdg, hubby guna ubat-ubat tradisional. Pernah jugak cuba pakai sabun susu kambing. Pernah juga diheret pergi buat facial. Aih, masalah berlarutan selama 2 tahun.

Sorang adik dia cadangkan agar dia pergi dptkan satu rawatan di sebuah spa nie. Ntah cucuk ape ntah. Aku tak ambik tahu. Kebetulan, adik ipar kepada adik dia nie pun ada masalah jerawat yg teruk. Lepas dptkan rawatan tu, jerawatnya hilang. So adik dia suruh pegi cuba. Tapi aku tak setuju sbb cucuk-cucuk nie, selalunya kesannya hanya sementara. Nanti dah lama-lama, jerawat tu dtg balik (dan terbukti eh ape yg aku ckp tu).

Jadi, aku cadangkan sesuatu pada hubby.

Go to the specialist at GOVERNMENT HOSPITAL!

Ye kawan-kawan, itulah 'rahsia' yg korang sibuk nak tahu. Hehehe.

Orang kat rumah tu semuanya memandang sebelah mata je terhadap perkhidmatan di hospital kerajaan. So bila aku suruh pegi sana, diorg mcm tak caye la. Katanya, lambat la.. lembab la.. tak bagus la.. bla bla bla. Plus, diorg nak sgt hubby aku pegi buat rawatan kat spa yg diorg ckp tu. Cepat leh nampak result.

Aku suruh hubby cuba gak jumpa specialist. Biar lambat tp masalah tu boleh hilang terus. Ni kalau cucuk-cucuk, kejap je elok.

Jadi, hubby dptkan surat rujukan dari klinik dan jumpa specialist di Hospital Ampang. Setelah dianalisa, doktor membuat kesimpulan yg jerawat tu timbul kerana masalah kulit. Doktor hanya berikan ubat antiseptik utk digunakan ketika mencuci muka dan ubat antibiotik utk dimakan selama 6 bulan. Treatment tu mmg lama tp alhamdulillah, boleh nampak perubahan di muka hubby selepas 2 bulan. Cuma walaupun dah nampak muka tu tiada jerawat lagi, pengambilan antibiotik mesti diteruskan selama 6 bulan. Rasanya dah nak hampir 6 bulan dah nie.

Untuk menghilangkan kesan jerawat di muka, hubby ambil supplement Bio C. Di samping tu, dia mengambil beberapa supplement lain seperti vitamin B Complex, Calcium Magnesium, Ginkgo Biloba, Fruit and Vegetable Fibre dan Salmon Omega utk memastikan badan sentiasa cergas agar kesihatan terjaga. Kalau badan cergas, takde la dpt byk masalah kesihatan termasuk masalah kulit. Tidur pun kena cukup. Tapi tu la, bila muka dah berseri sikit nie, dia dah mula tidur lambat sbb main games. Seafood mcm ketam dan udang pun dah dibedal (sepatutnya tak boleh mkn selama 6 bulan treatment). Haih, cepat sgt berpuas hati eh?

8 scribble(s):

imee said...

treatment dermatologist mmg effective, tak kesah le gomen ke prebet. dulu aku amalkan gak treatment specialist ni sbb lepas spm muka aku telah naik jerawat dgn sgt horror nye. tapi mmg dlm 3 bulan je dah hilang, scars pun takdek. better daripada pegi spa or whatever.

Liz said...

imee> betul. org yg cucuk tu, skrg muka dia dah berjerawat teruk blk. baik jumpa specialist.

precious innocent said...

akak jumpe doc gomen kat ipoh... then depa tulih la surat leh amik obat kat hosp klang je..

tp smp kat hosp klang, depa reject sbb xdak reference doc.. bengang akak & hubi..

so, la nie, mcanak la balik.. tp xpe,.. akak dah imun... jerawat pun ryan rela kish2 lg.. ngeh ngeh

-mama emma-

Liz said...

kak emma> doc kat ipoh tu lupa kot. mmg leh ambik ubat kat tmpt lain tp mesti ada reference letter dr doc. sblm tu.

ryan sayang mama dia.. x kesah la jerawat ke x.

morchella said...

Memang kene ade rujukan dr klinik ke kak? Boleh dr klinik mne2 ke mcm mne? Sy pun nk try la..

mizzleenaothman said...

Insya Allah ada penyelesaian tu nanti macam akak dulu pun muka macam ni jugak .Yang penting setiap produk tu mesti selamat,berkesan dan semulajdi .Jemput datang blog yer.Semoga terjalin ukhwah .Tq

tikah said...

Kena dapat surat rujukan dr klinik gov jugak eh kak?

Liz said...

kena ada surat rujukan

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.