Wednesday, March 04, 2009

Apa yg dia suka skrg?

A little update about Batrisyia.

1) Minah ni dah suka tarik rambut. Tak kesah la rambut sapa. Janji dia dpt rambut. Kdg2, dia tarik rambut dia sendiri. Kdg2, dia akan menangis bila tarik rambut dia sendiri. Mcm tak sedar yg dia rasa sakit sbb dia tarik rambut dia sendiri.

2) Sudah suka main Peekaboo. Terkekek-kekek, tersengih-sengih bila main dgn dia. Tapi tgk mood gak. Kdg2, dia buat muka blur dan heran, "Ape la yg umi aku main nie? Tak paham aku!"

3) Dia dah sukakan teether dia. Dulu, dia x minat dgn teether sbb takde bunyi. Tapi bila aku bg dia semalam, dia pegang dan mula masukkan dlm mulut. Dia hisap dgn syoknya. Bila teether tu kena mata atau dahi dia (sbb kdg2 dia nak goncang-goncang), dia akan marah dan x puas hati.

4) Suka pegang kaki sendiri. Kdg2 sampai terlondeh seluar sbb kdg2 dia tarik seluar.

5) Bila mandikan dia, dia suka kocakkan air dgn kaki. Terpaksa berjaga-jaga sbb dah makin lasak.

6) Nak pakaikan pampers pun susah. Tidak berseluar sgt best bagi dia so dia seboleh-bolehnya nak lari dari pakai pampers dgn cuba meniarap and berguling-guling. Duh!

7) Pandai pause-resume-pause-resume ketika breastfeeding session. Berhenti kejap tgk langsir la. Berhenti kejap nak termenung la. Berhenti kejap nak sengih la. Lenguh tangan umi ni.

8) Sukakan angin. Sukakan semua benda yg bergerak disebabkan angin.

9) Dah tak nangis sgt bila meniarap. Maybe dah tak rasa penat sgt mcm dulu kot.

10) Lasak ketika tidur dan suka tidur meniarap. Lena sgt kalau dpt tidur meniarap atas tilam parents dia.

11) Selain dr lagu Twinkle Twinkle, dia suka lagu nie.. tatau tajuk.. meh aku nyanyi..

"Satu-satu.. saya sayang Allah
Dua-dua.. sayang Rasulullah
Tiga-tiga.. sayang Abi Umi
Satu dia tiga.. sayang semuanya"

12) Suka laptop abinya. Dia ni mcm suka gadget la. Kalau abi dia guna laptop, muka dia khusyuk tgk jari abi dia gerak-gerak. Pastu tgk screen. Mcm cuba nak belajar camne nak guna laptop.

Petang nie, kena bawa dia pegi klinik. Kena cucuk lagi. Hehehe.. berapa la berat dia. Aku rasa mcm tak naik je. Tak rasa dia mcm berat pun. Kalau mood dia okay, maybe lps tu nak bwk dia jalan-jalan pegi Jusco. Kalau nangis, duduk rumah je la.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.