Wednesday, March 04, 2009

Apa yg best nya pregnant nie?

Menjawab soalan Wan,

-Kalau first time pregnant, mesti la excited sbb nak dpt anak kan? So, rasa best la =)

-Best sbb kalau kita nak makan apa-apa, org mesti belikan walaupun kita tak la mengidam pun.

-Kita hanya dibenarkan buat kerja ringan dan separa berat. Kerja berat is absolutely NO.

-Best sbb kita akan selalu dpt rawatan seperti di spa. Ada org picitkan kepala bila pening, picitkan bahu kalau lenguh. Urutkan kaki kalau penat. Potongkan kuku kaki bila dah boyot sgt.. hehe..

-Orang takkan marah (atau maybe terasa sikit je) kalau kita hangin. Opps, hormone la katakan.. ceh, blame hormone konon!

-Pregnant best utk org yg kurus sbb dia akan nampak sedikit sihat ketika pregnant. Orang kata, berseri sikit!

-Best bila pertama kali dpt rasa pergerakan baby!

-Best bila baby dah mula bergerak dgn kuat dan kerap. Sampai leh tgk senget-senget perut dibuatnya! Sgt seronok.

-Rasa dekat dgn baby.

-Nak kena brainstorming utk pilih nama baby yg elok maknanya. Mencabar tau!

-Pengalaman bersalin tu yg membuatkan pregnant tu best! Bergantung pada pengalaman setiap individu jugak. Kalau dia susah sgt nak bersalin, mungkin akan membuatkan org tu serik nak mengandung. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan aku. Tak dpt nak gambarkan betapa gembiranya bila berjaya melahirkan anak, bila dgr dia diazankan, bila tgk mata hubby bergenang dgn air mata gembira.

Nak tau ape lg yg best? Haaa, tunggu turn korang. Baru korang tau!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.