Wednesday, February 04, 2009

Supplements

Ada sesetengah org pelik, kenapa susu aku sikit, kenapa susu dia byk? Mcm aku bgtau sebelum ni, takde istilah ‘susu aku sikit’. Susu tu bkn ready made, bkn bergantung pada besar atau kecil breast seseorang. Ada yg taktau fakta nie. Malah, ada seorang guru Biologi pun tak tau akan fakta nie. Jadi kalau betul-betul nak bf ur baby, penuhkan ilmu di dada agar dpt faham mcm mana susu tu terhasil.

Okay la, walaupun ia hanya memberi effect sebanyak 30%, aku tetap makan / minum / telan apa yg patut. Ni yg aku ambil:

Air longan ~ Sedap tau. Kalau air ni tak bg tambah susu pun, aku minum gak.


Milo + oat ~ Org kata boleh tambah dan pekatkan susu. For me, ia boleh memekatkan susu.

Bio C ~ Vitamin C boleh memberi tenaga dan membina ketahanan badan terhadap penyakit. Kalau demam, susu pun boleh kering. So you better be careful.

Iron Folic ~ Wanita memerlukan zat besi sbb kita byk kehilangan darah ketika period. Aku mmg amalkan sejak sebelum mengandung lg dah masih mkn sampai skrg.

Fruit and Vegetable Fibre ~ Ni aku amalkan sejak bersalin. Orang ckp, susah nak buang air besar lepas bersalin. Aku jadi takut. Hehe.. Yer la, dah la kena jahit kat bwh tu. Kalau terkena susah nak buang air, tak ke haru. So aku amalkan sejak dlm pantang. Alhamdulillah, tak susah pun nak buang air.

Calcium Magnesium ~ Ni pun aku amalkan sejak dulu. Lagi sesuai diambil oleh ladies yg selalu kena senggugut / cramp masa period. Ada sorang kwn aku, terus tak kena cramp lagi sejak amalkan mkn calcium magnesium. Mcm aku, aku tak pernah kena senggugut tp mkn utk memastikan tak kena rapuh tulang di kemudian hari. Aku pernah terbaca yg susu juga boleh kurang ketika period sbb kita akan kehilangan kalsium ketika itu. Perkara ni berlaku pada sesetengah wanita sahaja. Mcm last time aku period, alhamdulillah susu tak kurang. Tak tau la samada sbb amalkan mkn calcium magnesium atau sbb aku think positive.

Protein ~ Aku amalkan minum protein. Bancuh serbuk protein perisa Mix Berries dan minum. Sedap weih! Aku rasa, protein ni mmg membanyakkan susu sbb aku akan dpt extra bila pam.

Bila ckp psl protein nie, aku teringat yg hubby aku sibuk suruh aku minum protein masa pregnant supaya baby sihat. FYI, ada 2 org kwn aku amalkan minum protein ni time pregnant. Baby yg lahir tu, sorang berat 3.8kg. Sorang lagi 3.6kg. Hohoho.. tu yg aku taknak minum time pregnant tu. Takut lak rasanya kalau baby besar. Aku nie kan kecik je. Susah lak nak bersalin nnt. Kalau korang nak anak korang lahir beratnya 3.5kg ke atas, cuba la minum protein.

2 scribble(s):

precious innocent said...

akak xtau la samada akak ada amik protein byk ke x time preggy dulu, sbb berat ryan masa lahir dlm 3.59kg..tkejut org, sbb perut akak kecik je masa preggy dulu... dah la akak nie pesen x naik 1 badan masa preggy...

pasal nak bykkan susu lak, kalau boleh, liz amik jugak susu mcm amnum utk bf mother tu... utk kalsium..

tp dlm kes akak nie, akak telan bgelen2 ayaq masak je... tp sangap la nak menapak ke toilet every 10min.. kekeke..

-mama emma-

Liz said...

awal2 dulu, sy nak gak try anmun bf tu. tp sape ye ada bgtau saya.. kalau taknak anak kena lactose intolerate (maknanya tak bg minum susu lembu), mak pun jgn minum susu tu sbb anak akan consume benda yg sama. tak tau la betul ke tak. tp sy tak ambil la.

sy mcm anak, senang je. minum air masak byk2! hehe.. sampaikan hubby pelik air masak yg satu jag dlm bilik mesti habis. tiap2 malam dia kena pegi top up.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.