Thursday, February 12, 2009

Sesi meluahkan perasaan

Tak pernah rasa penat sebegini. Kdg-kdg, aku tertanya-tanya, kenapa orang lain nampak rileks sedangkan kerja aku tak pernah putus hingga aku tutup mata? Lepas balik kerja, orang lain boleh lepak tgk tv, borak-borak, tidur sekejap etc. Aku? Balik je, terus berkejar nak mandi, solat, bf, solat, basuh & steril botol susu, siapkan beg nursery, bf, solat, bf, basuh baju, bf, gosok baju kerja, bf, MAKAN. Lepas mkn, jam dah menujukkan angka 10 atau 10.30 malam!

Kenapa ye?

Mungkin sbb org lain tak perlu susah-susah basuh baju sbb diorg main taram semua jenis masuk mesin.

Mungkin sbb org lain tak perlu luangkan masa utk bf their babies sbb diorg bottle feed. Sesapa leh tlg and baby yg bottle feed nie, tak perlu nak luangkan masa byk-byk.

Mungkin sbb org lain tak perlu nak susah basuh botol ke, siapkan beg nursery ke, basuh baju ke sbb diorg ada maid.

Mungkin sbb org lain tak berapa kisah kalau tak solat.

Mungkin la…

Masa tgh menyusukan Batrisyia, dia minum sambil bermain. Sambil minum, dia tarik-tarik baju, cubit-cubit aku, melonjak-lonjakkan badan. Aku biarkan je. Entah camne, aku ckp kat dia yg aku penat buat semua kerja. Aku ckp yg lepas nie aku nak tidur. Mcm2 la aku luahkan kat dia. Aku tak sedar yg dia berenti minum. Tgk-tgk je, dia pandang aku.. mcm sedang cuba menjadi pendengar setia. Aku diam. Aku tanya dia, “Taknak minum lagi ke?”. Dia sambung minum but this time, dia mcm tau yg aku dah penat. Dia minum tak sampai seminit dan dia terus tidur.


Things will never be the same again.

5 scribble(s):

ska said...

maybe ko bleh figure out some other eficient ways utk buat sume keja2 tuh. aku x reti lah nk suggest camne, coz aku xdek experience.. hehhe..

tp aku harap ko bersabar jek eh. walaupon rase penat, at the end of the day ko akan rasa puas sbb ko dpt spend masa yg lebih dgn batrisyia. lgpon, harus ada rasa bangga sbb ko seorg umi yg berkarier. chewahh..

ska said...

owh lupa lak, aku suggest time wiken ko iron baju siap2 utk seminggu. at least dpt la jimat several minutes in the weeknights. menjimatkan elektrik somemore!

Faizah said...

huhu, bukan ko je, aku pon sejak kawin nih penat weih

Liz said...

iron baju, mmg aku buat sekaligus on weekend. cuma weekend lps, tak dpt buat sbb aku dgn dia sakit. mmg takde keje ah aku nak gosok baju tiap2 malam. ye, mak aku pun ckp kalau gosok skali byk, mmg jimat letrik.

minggu lain ku tak rasa penat pun. rileks je. minggu nie je agak tension sbb hujung minggu lps aku tak buat apa2. so semua kerja menimbun.

Liz said...

alamak faiz, baru kahwin 13 hari dah penat? hehehe...

abes la ko.. ekekkeke.

sabar faiz, ko baru nak adjust dgn kehidupan berdua. biasa la.

dulu maybe kemas single size bed. skrg kena kemas queen/king size bed.

dulu basuh baju mungkin baju ko sorang. skrg kena basuh baju cik abg skali.

dulu mungkin mkn maggi atau mkn lauk yg mak masak. skrg kena masak utk laki. kena buat brainstorming nak beli sayur apa kat kedai.

=)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.