Wednesday, February 18, 2009

Selamatkan EBM ku

Di saat aku menaip entry nie, aku sedang termengah-mengah.. mengambil nafas seberapa byk yg boleh.

Yesterday..

5.30pm - Balik dari kerja
6.00pm - Ambil Batrisyia di taska
6.15pm - Arrived home.

Guess what? Letrik takde kat rumah sejak pkul 4pm! Mula-mula aku rileks je la. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Damn, my EMB!!! Terus aku tepon hubby, minta dia balik cepat sbb aku nak transport my EBM ke tempat lain. Dia pulak boleh rileks je jumpa kwn sampai pkul 7.15pm. Waduh waduh.. aku dah tak senang duduk kat rumah time tu. Byk kali aku sms dia.

Hubby called sorang kwn dia and kwn dia boleh tlg simpankan our EBM. Rumah dia ada 2 peti ais.

7.45pm - Pergi rumah abg Zam utk simpan EBM.
8.05pm - Arrived home.

2 minit kemudian, letrik ada semula. Isk, ape la. Tapi kitorang tak ambil semula EBM tu sbb wife dia takde kat rumah. Lagipun, senang utk aku ambil semula esok hari sbb rumah dia dekat dgn taska.

Today..

6.30am - Bgn, mandi, solat dan bersiap (Bgn lewat sikit hari nie sbb nak pergi hospital)
7.15am - Keluar ke hospital.
7.30am - Register
8.15am - Jumpa doktor.

Hasil ujian terhadap Batrisyia mendapati GGT enzyme dia masih tinggi ketika ujian diambil 2 bulan yg lps. Tapi menurut doktor, ini mungkin kesilapan makmal sbb enzim-enzim lain berada di tahap normal. Lagipun, dia tgk jaundice Batrisyia dah takde dan dia membesar menjadi seorang bayi yg aktif. Doktor ada buat beberapa ujian termasuk main yoyo dgn dia. Ku tak paham tp biar je la. Doktor minta dtg 5 bulan lagi utk buat blood test utk GGT.

8.45am - Bertolak dr hospital ke taska.
9.00am - Sampai di rumah abg Zam utk ambil fresh breastmilk utk dibekalkan ke taska. Frozen EBM akan diambil malam nie.
9.15am - Arrived taska. Tinggalkan Batrisyia dan ku pecut ke office. MRR2 jammed sbb ada lori rosak. Ceh!
9.30am - Sampai office.

Kerja berlambak atas meja seh! Dgn tak breakfast lagi, aku gigih buat kerja-kerja tu sampai la ke waktu mkn tgh hari. Belum apa-apa, aku dah penat.

Ni masih risau memikirkan frozen EBM ku. Aku tumpang simpan ice packs kat rumah abg Zam skali. Pagi nie, masa hubby pegi tlg ambil (sbb aku lupa nak ambil), ku dapati ice packs tu tak mengeras. By 12pm, ice packs tu dah cair dan tak sejuk langsung.

Aku tak perasan lak samada my EBM dah cair ke belum masa pagi td. Aku tgk maintain je. Tak tergerak nak usik pun. Risau sungguh, takut cair. Habis la aku.

Tgh hari td, ku tebalkan muka pergi kedai mamak tempat aku selalu breakfast dan tanya samada aku leh tumpang simpan susu dlm peti ais mereka. Sbb diorg kenal aku kan, so diorg pun bg la aku simpan. Lps lunch, aku pam susu dan bwk semua fresh breastmilk yg aku dah pam sejak pagi td utk disimpan kat sana. Aku letak semua dlm satu plastik. Sampai sana, ramai lak pekerja mengerumuni aku. Sorang bertanya..

Pekerja: Ni apa?
Me: Ni susu la (sambil pura-pura busy mengikat plastik)
Pekerja: Ni susu apa?
Me: Ala, susu biasa je.

Hahaha.. takde la aku nak ckp, "Ni susu saya". Dah ler tiap2 hari aku sarapan kat sana. Nanti aku pulak yg segan tak bertempat. Hehehe..

Ku masih risaukan EBM ku di rumah orang. Semoga semuanya selamat.

* Kalau la frozen EBM ku banyak mcm Sue, tak tau la nak buat apa. Kalau semuanya cair, lg la aku gila meroyan kot.

4 scribble(s):

precious innocent said...

tu reason ngape akak xmo buat stok byk2 giler, lepas akak baca 1 blog pasal kes yg similar mcm liz nie..

takut!!!!

-mama emma-

Liz said...

tu la, saya dah serik kak. risau sgt la. hajat mmg nak simpan ebm byk2 tp kalau jd camni lg,habis la.

sy dah pesan kat maid SIL, kalau letrik xde,bgtau. tup2,takde yg bgtau.seb baik pkul 4. kalau dr pg dah takde, mau sy meraung.

p!nkerton said...

uish panic gak kan kalo jadi camtu. sebbaik aa ebm ko sempat diselamatkan.
ni aku tgh pk camne nak transfer ebm (frozen) bawak balik putrajaya. journey dlm 4 hrs. ade idea?

Liz said...

ko susah nak online kan? nnt aku sms ko!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.