Tuesday, February 10, 2009

Pandai merajuk

Batrisyia dah tak reti duduk diam masa breastfeeding. Dia akan melonjak-lonjak, menendang-nendang, menarik-narik baju dan paling dia suka, menarik-narik my nipple.. sakit tau. Tak dpt bayang bila budak ni dah ada gigi.

Semalam mmg tahap kesabaran ku tercabar. Dah la aku sakit perut. Asyik nak pegi toilet je. Dgn hubby yg kena keje sbb office dia tak cuti. Dgn dia boleh pegi jumpa kwn dia kat kedai mamak lepas office hour. Wah, aku dah la tak sihat. Penat weih. Menanti 100 Plus Lime aku yg tak sampai-sampai. Dgn Batrisyia yg nak minum susu tp asyik menarik-narik. Sampai aku jd geram.

Aku pegang dia. Pandang mata dia. Dan aku tanya, “Ni nak minum ke taknak nie? Kalau nak, minum betul-betul. Jgn tarik-tarik. Kalau nak tarik-tarik, umi taknak bg lagi”.

Dia pun buat muka cebik dan mata berkaca-kaca. Aku bg la jugak susu kat dia. Takkan la aku nie kejam sgt kan?

Tapi kan, sejak tu.. dia merajuk dgn aku. Senyum tak. Pandang muka aku pun tak. Dia merajuk dgn semua org. Org lain agah dia pun, dia buat tak tau je. Muka kosong.

Dah pandai merajuk anak aku nie.

Pagi td, dia jumpa abang Aqil dan dia senyum. Lepas tu, dia senyum kat abi dia. Aku pegang dia, aku cium pipi dia.. dan dia senyum kat aku.

PRICELESS!

2 scribble(s):

sya_firwan said...

hihihi..comelnye batrisya..da pandai merajuk2..:) tahu ye ummi marah..:D

Liz said...

hehe, tu la. tak terfikir nak marah dia sbnrnya. ckp pun tak la jerit. ty dia camtu la. dia tau lak kita marah dia. hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.