Tuesday, February 17, 2009

Natural child projects

Mesti ada orang tertanya-tanya, kenapa ku perlu susah-susah sebegini? Susah-susah nak bf, babywearing dan sebagainya.

Sebenarnya, yg susah itu bagus. Kan bagus kalau anak minum susu ibu daripada susu formula. Terlalu byk khasiat yg tak boleh ditandingi dgn susu formula terutamanya dari segi antibody terhadap penyakit. Yer la, kita nie hidup dah berpuluh tahun. Dah byk kali demam, selesema, batuk dan sebagainya. Badan kita dah ada antibody terhadap penyakit-penyakit tu. Secara automatic, antibody itu akan diberi kepada anak melalui penyusuan susu ibu. Please be reminded yg ini bkn bermaksud anak tu takkan sakit langsung. Wallaweih, ingat anak tu kebal ke? Anak tetap akan sakit tp sekurang-kurangnya dia akan cepat sembuh.

Babywearing pun byk kebaikannya. Telah aku beritahu di entry semalam. Rasanya tak perlu nak huraikan dgn lebih lanjut. Boleh rujuk kat post under Babywearing section.

My next natural child projects are cloth diapering and homemade baby food. Honestly, aku sgt berminat dgn CD tp masa belum sesuai utk mencuba. Mungkin bila dah duduk rumah sndr, baru boleh cuba. Opps, tp bila rumah sndr dah siap, rasanya Batrisyia dah besar. Maybe boleh cuba kat 2nd child. Hohoho.

I’m quite excited nak tunggu Batrisyia berumur 6 bulan sbb nak introduce dia dgn baby food. Sekarang nie, tgh mengumpul resipi yg yummy-yummy utk dicuba kat dia. Diharap aku tak la malas nak prepare baby food utk dia sbb kalau boleh, aku taknak bg dia instant baby food seperti bijirin bayi yg terdapat di pasaran skrg nie. Baby food di pasaran mempunyai mcm-mcm benda yg tak patut di introduce kan kepada bayi yg masih kecil. Hmm, kuatnya azam. Takpe la. Kita cuba yg terbaik. Mesti cuba dulu. Sesapa yg ada resipi yummy-yummy, boleh la pass kat aku.

Komen hubby tentang:

Breastfeeding – Masa awal-awal dulu, dia mcm kurang mendengar bila aku ckp ttg breastfeeding. Bila aku ckp nak beli pam, dia senyap. Bila aku tampal gambar pam, ice packs and MLO bottles sebagai peringatan utk beli brg-brg tu, dia tgk dan senyap. Tapi dia mmg nak aku bf our baby. Cuma dia SENYAP. Cait! Now, dialah org paling gembira bila tak perlu nak habiskan duit beli susu formula. (owh hubby ku, maybe I can say that you owe me RM570.50?). Nak pergi mana-mana pun senang sbb tak payah nak angkut botol susu, air panas, air masak, bekas susu, sabun basuh botol, berus botol.. wow, byknye nak kena bwk!!

Babywearing – Masa aku beli RS, dia cam excited nak cuba. He’s not against babywearing. Malah, dia mmg nak cuba semenjak dia nampak seorang lelaki nie babywearing anak dia. Maybe dia nampak babywearing nie sgt senang. Bila aku gave up on RS and decided utk beli pouch, dia mcm pelik dan larang aku beli. Dia kata, membazir sbb RS pun tak lepas pakai lagi. Aku ckp, pouch nie gerenti senang pakai and Batrisyia akan suka. Bila dia tgk Batrisyia sgt syok babywearing guna pouch, dia sgt lega. Mula-mula, dia kata lepas nie aku je la yg pegang anak, dia bwk diaper bag. But 2 days ago, dia ckp dia mimpi yg dia pakai pouch so dia rasa dia nak beli pouch utk dia jugak! Hahahaha…

Cloth diapering – Yg ni pun dia mcm nak cuba semenjak dia rasa cepat je dia kena beli disposable diaper utk anak dia. Bayangkan eh. Beli 2 pek besar, 2 minggu sudah kena beli lagi! Sebulan ada la dlm RM120 nak kena habiskan utk DD aje. Ahaks, baru terasa eh!

Homemade baby food – Yg nie dia mcm takde perasaan lagi. Dia ada tanya aku knp nak prepare sndr.. knp tak beli bijirin bayi aje. Aku dah bgtau sbb2 nye dan dia angguk je. Nanti la. Once project dah mula, kita tgk reaksi dia.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.