Monday, February 23, 2009

Mini Gath Cloth Diaper & Babywearing Discussion

Seperti yang telah dirancang, kami ke Mini Gath Cloth Diaper & Babywearing Discussion bertempat di Taman Tasik Sri Permaisuri pada hari Ahad lepas. Kami sampai sana around pkul 9.30am. Masa tu breastfeeding support group sedang berjalan. Tak ramai lagi org yg hadir. Hampir pukul 10, semakin ramai mereka yg berbaju merah menunjukkan muka.

Majlis bermula dgn makan-makan dahulu. Ni acara yg ditunggu-tunggu sbb perut tgh lapar. Hehehe..

Gazebo yg menjadi tumpuan ramai sbb di situ ada byk makanan

Setelah mengalas perut, mereka mengadakan Lucky Draw dulu. Me yg kurang lucky telah dipanggil awal-awal utk menerima hadiah. Ahaks, jadi la kan?


Hoho, perutku tak buncit dan aku bkn pregnant tau.
Yg bulat itu ialah Batrisyia yg sedang tidur di dalam pouch.

Selepas Lucky Draw, talk bermula dgn discussion ttg Cloth Diaper oleh Puan Suraya (echeche, aku panggil dia Puan kan?) dari Lunatots. Puan Suraya yg kecil molek itu terpaksa bercakap dgn suara to the max utk memastikan semua org mendengar apa yg dicakapkannya. Tempat tu tempat awam so takleh guna pembesar suara.

Apa kebaikan cloth diaper? Boleh baca di sini.

Perghh, muka concentrate sungguh!

Bersemangat tak muka kawan kita nie?


Sementara aku mendengar talk, hubby bwk Batrisyia berjalan-jalan. Time nie, dia dah bgn dari tidur. Tak tau la mana dia bwk anak dia pegi. Last2, aku ternampak mereka di buaian. Nak tau ape yg menarik perhatian aku? Batrisyia dgn mata tak berkelip sungguh asyik melihat budak berian buaian. Bila buaian tu mendekati dia, dia akan menggerakkan kaki dia seolah-olah dia pun nak main buaian tu. Sgt seronok tgk reaksi dia. Aku panggil pun dia buat tak peduli je.
Lihatlah.. dia tak pandang kamera langsung!

Selepas talk ttg CD, majlis beralih kepada discussion about babywearing oleh Puan Shadaa dari Big Eyes Shop. Sempat la aku bertanya beberapa soalan. Puan Shadaa ckp, pouch yg aku pakai tu maybe size tak sesuai sbb agak melendut. Tapi bila dia ukur, dia rasa sepatutnya pouch tu just nice utk aku. Maybe aku in between size kot. Dia ckp, tak kesah la as long as baby tak menangis. Bila dia tak menangis, maknanya okay la tu.

Hubby mencuba pouch size 24
Majlis berakhir dgn sesi bergambar dan menapau makanan yg tak habis =)
Antara mereka yg hadir. Sepatutnya ramai lagi tp ada yg dah balik

Seronok pegi gath nie walaupun tak kenal sesapa sgt. Masing-masing mempunyai interest yg sama iaitu breastfeeding, cloth diapering dan babywearing. For the first time, aku tgk ramai yg breastfeeding their babies in PUBLIC! Sana situ sini ada je yg bf anak mereka. Sudah nampak mcm satu fenomena biasa. Mungkin hanya di kalangan kami. Mungkin org lain yg ada di situ rasa pelik bila tgk kitorang selamba je selak baju utk bagi anak minum.

Rasanya ramai yg curious dgn gath kami. Ada sorang akak tu sempat bertanya aku, "Ni kumpulan apa adik?". So aku terangkan kat dia tujuan kami berkumpul. Dia angguk saja. Ada jugak seorang nyonya menghampiri kami ketika babywearing talk sedang berjalan. Dia sgt berminat dgn jenis-jenis babywear yg kak Shadaa tunjukkan.

Kecil kan dia? Aku kata kecil kerana di gath nie, aku jumpa beberapa org yg aku kenal. Zuraini, ex-student MMU. Ni mmg aku tau dia akan dtg la. So mmg tau akan jumpa dia. Second, Aslinda. Budak nie aku tak penah jumpa tp dulu selalu email2 dia. Dia adik angkat ex-bf aku dulu. Camne la leh terjumpa kat sini. Mmg kecil dunia. Lagi sorang, aku rasa ex-smapian tp ntah la. Tak dpt nak dipastikan. Reza.. engkaukah itu? Setahu aku, Reza nie muka cam budak-budak sikit tp yg aku jumpa ni, bermisai tebal. Aku mcm nak tegur tp takut salah org. Hahaha.. Ape-ape je la.

2 scribble(s):

p!nkerton said...

wahh meriah, ramainye org participate. batrisyia nye sling pon ikut tema eh hehe :)

eh sue linatots tu dak mmu kan?
hmm, aku rase kompem yg ko nampak tu reza. dia ada misai skang. almost everyday aku nampak dia kat cafe ofis, tp x penah tego coz dia pon buat cam tak kenal je ;p segan kot

nnt aku dah masuk ke alam babywearing & such ni aku tanye ko lagi la ye hihihi. skang tgh setelkan breastfeeding & bende2 basic yg lain. ko lah cekgu ku ;p

Liz said...

kebetulan sling dia ikut tema. hohoho. pasni nak rembat pouch lain lak. biar ada beberapa warna.

yerp, sue lunatots itu budak mmu. dia berkecimpung dlm bidang nie skrg. sudah tender her resignation sbb nak concentrate buat benda nie.

oh, betul la yg aku nmpk tu reza eh? ada gak aku saja2 berdiri sblh dia tp dia buat dunno je. so aku ingat salah org la.

xpe la fatih. buat satu-satu. tak terkejar nak bf+bw skrg nie. settle kan yg patut dulu. cari ilmu psl BW dan CD (cloth diapering) nie. decide kemudian. apa2 hal, leh je nak ty. aku pun still cari ilmu nie. skrg mmg dah jatuh cinta dgn BW. sgt senang!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.