Wednesday, February 25, 2009

Komen pengasuh

Masa ambil Batrisyia dari taska semalam, seorang pengasuh berbual dgn aku. Akak nie mmg nampak lebih tua dari pengasuh-pengasuh yang lain. Rasanya umur dia dlm mid 30. Kalau tgk cara dia pegang baby pun dah tau yg dia berpengalaman.

Akak tu: Batrisyia tu lasak tidur kan?

Time ni aku dah gelak sbb aku mmg tau dia tidur lasak.

Me: Lasak mcm mane kak?
Akak tu: Tidur bergolek-golek. Sekejap je dah sampai tempat lain. Kalau baringkan dia kat tilam bawah, sekejap je dah sampai kat lantai.

Aku dah gelak time nie. Haa, camtu la anakku kat rumah. Mmg takleh nak biarkan.

Me: Tapi kalau dia kat lantai tu, nangis tak?
Akak tu: Tak. Dia senyap je. Dia tu, jgn bagi tidur atas katil. Bahaya. Takut jatuh nanti.
Me: Takpe kak, dia mmg ada katil sendiri (playpen). Kalau tidur kat katil pun, ada org tgk. Tak pun, buat tembok bantal.
Akak tu: Ye la, badan je kecik tp lasak betul!

Maybe dia ringan, jadi dia lasak. Kalau pangku dia, dia akan meronta-ronta minta didirikan atau dibawa berjalan. Airitu masa makcik dia pegang, sampai keluar perkataan "Masya Allah" dr mulut makcik dia sbb anakku tak reti duduk diam!

"Ni belum dpt kaki. Tgk la bila dah dpt kaki nanti". Hikhik.

Anakku dah 4 bulan lebih tp berat dia hanya 5kg! Kecil dan comel kan? At first, aku risau jugak ttg berat dia nie. Tapi selepas rujuk pada paed kat Hospital Ampang, dia kata berat tu normal sbb once baby dah lasak, mmg berat dia lambat naik sbb dia akan gunakan lemak-lemak dia utk bergerak. Plus, maknya pun bkn big size. So anak pun takkan tiba-tiba big size.

Masa kat gath baru-baru nie, sorang ibu bertanya ttg berat Batrisyia. Bila aku bgtau, dia terdiam sambil tersenyum. Mulut hampir-hampir nak condemn (tak perlu la aku bgtau ape dia ckp sbb sakit hati) tp tiba-tiba sorang lagi ibu mencelah, "Eh, takpe la tu. Janji baby tu sihat. Berat tu tak kira". Ayat ibu yg lagi sorang ni berjaya buat aku sejuk hati.

You know what? Don't compare ur baby development with other babies. Tak semuanya budak 4 bulan dah pandai meniarap. Tak semua budak yg umur setahun dah pandai bercakap. Faham tak? Walaupun umur mereka sama, perkembangan diri tu mungkin tak sama.

Dulu, aku mcm tertanya-tanya kenapa Batrisyia belum meniarap sedangkan baby yg umur sebulan lebih muda dari dia dah meniarap. Bila aku cari ilmu kat Internet, baru aku faham. Believe it or not, Batrisyia belajar meniarap dan MENELENTANG dlm masa 3 hari saja! Now, dia sgt lasak. Tak kesah lambat atau cepat, aku bersyukur. Me as her mother hanya mampu stimulate her development. Mudah-mudahan dia cepat belajar.

Bersyukur la dgn kehadiran anak anda. Cherish each moment. Anak kita tu kecil sekejap aje. Masa 1st year nie la kita boleh buat semuanya dgn dia. Nak cium berkali-kali, nak peluk kuat-kuat, nak main acah-acah, nak berbual dgn dia tanpa rasa penat dan boring... Bila dah besar, dah tak boleh nak buat semua tu lagi kan?

For me, tiada istilah manjakan anak. Kenapa bila kita selalu dukung anak, org kata kita manjakan anak? There's no such thing. Bila org tgk anak asyik nak ikut mak ayah dia (sbb dah selalu kena dukung), org akan ckp, "Tu la.. manjakan sgt anak tu". Hmm, aku tak paham. Tak boleh ke kalau anak tu nak dekat dgn parents?

Kalau fikir semula, sekejap je anak tu camtu. Agaknya bila anak tu dah besar, dah sekolah,dah remaja, mau ke dia ikut kita je? I don't think so. Anak akan berada dlm dunia baru dia. Lebih rapat dgn kwn. Lebih berahsia dgn ibu bapa. Kita takleh nak cium-cium dia lagi. Takleh nak peluk-peluk dia lagi. Jadi, masa kecil ni la kita kena buat semua tu.

Ia hanya pendapat aku.

5 scribble(s):

adLedash a.k.a adLedaNne said...

Salam akak..

sepanjang saye baca blog akak ni, saya sgt suka dgn ape yg akak tulis. blog ni byk bagi ilmu even dalam bentuk penceritaan. saya byk tahu pasal hal2 baby yang baru2 even saya x kawen lagi. but saya sgt suka baca pasal hal baby sbb preparation kene dari awal kan. i mean mentally. saya x pernah tahu baby stuff sgt penting dan dari cara akak, baru saya tahu yang ada benda2 yg orang lain amek ringan tapi sebnarnya penting. akak buat saya rasa x sbr nak kawen..huhu!(calon pun xde lg).

ape pun kak, akak punye pendirian sgt teguh. teruskan. cthnye yg pasal manjakan anak, nabi sndiri kata, kalau anak masih kecil smp 7 thn, mmg kene dicium2, disyg2 dan dimanjakan. bila dh lepas 7 tahun, main geletek2, gurau senda sume. bila da remaja, jadikan dia kawan kita. itu apa yg sy ada baca la.

jadi cara akak x salah pun. biar org nak kata ape. dan breastfeed selama 2 thn tu mmg bagus. sbb anak akan rapat dgn parents dan taat dgn parents. caye la.sbb mak kwn saya buat test kat anak dia. breastfeed selama 2 thn. x lebih, x kurang. bila dh besar, memang patuh ckp, taat dan baik budi pekerti berbanding anak2 yg lain. mmg besar nikmat breastfeed untuk anak2. saye rs akak lebih tahu. cuma nak bagi akak smangat lagi.

ape pun kak, teruskan menulis! saya suka ulang2 baca pasal pengalaman akak. even byk dugaan, tapi insyaAllah satu hari nnti akak akan dpt hasil yg sangat2 akak x sangka2. Allah Maha Adil.anak tu amanah Allah. jangan peduli ape org lain nk ckp. dan saya tahu akak tough. bertuah Batrisya ada parents mcm akak ngan husband akak. smoga akak sentiasa cool je. hehe..

itu je komen saye.happy always!

WASsalam~OUT

Liz said...

nur arina> xtau nak panggil awak ape. nick panjang sgt.

thanks for a long reply. xtau pulak blog nie ada pembaca setia. blog akak ni merapu je dik. x la ilmiah sgt. sekadar berkongsi pendapat dan bercerita ttg perkara seharian.

p!nkerton said...

betul la ape yg ko ckp tu. kdg2 kite takleh dgr sgt ckp2 org nih. ape yg betul, kite amik. yg tak brape nk betul tu, buat derk je la kot hehe. kita as a mother of course la nak kan yg terbaik utk anak2 kite kan :)

Stephanie Liah said...

ure right.just cherish d moment.. mcm i..dr umur 7months,i dah rindu his infancy moment.no more baby thing,by 6months dah memanjat,org tbaring lg..paed cakap my son is above average n advanced..

Liz said...

steff> yerp, ur ryan mmg advanced! anak i pulak kecik je,genetic ikut mak.hehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.