Tuesday, February 10, 2009

Demam cap umi dan anak

Hujung minggu lalu, Batrisyia demam lagi and this time, kami tak panic. Belajar dr pengalaman, betul tak?

Pagi tu, dia okay je. Siap gelak-gelak lagi. Menjelang tgh hari, aku rasa tak sihat. Mmg rasa nak muntah. Aku pun pegi la ke ruang tamu. Ingat nak mengadu kat hubby la kan. Sekali, aku dgr suara Batrisyia ‘mengadu’. Suara yg dia buat mcm masa dia demam kali pertama dulu. Tapi suara dia kuat sikit kali nie. Maybe sbb baru nak demam kot.

Wah, sah la anak aku nak demam sekali dgn maknye kan? Checked her temperature, 37.8. Walaupun tak panas sgt, kitorang buat sponging sbb lepas nie mesti badan dia panas punye lah.

Mmg lepas tu, badan dia terus panas, naik mcm roket. Seharian menjaga dia sampai lupa yg aku pun demam sekali. Malam tu, Batrisyia co-sleeping dgn kami. Kesian lak nak biar dia tidur sorang-sorang. Lagi pun, senang nak layan dia kalau dia merengek. Senang nak check temperature dia anytime.

Hari kedua, masih demam dan kami masih buat perkara yg sama. Aku pun dah tak larat. Mmg 2 hari tu, aku tak mkn! Tak lalu. Ada jugak cuba mkn tp semua nye terkeluar balik dan nasi yg selebihnya, dibuang begitu sahaja. Air kosong pun rasa payau!! Malam tu, Batrisyia co-sleeping dgn kami lagi. Sgt lega tgk dia nyenyak tidur. Tak berbedung, sedap la eh!

Hari ketiga, Batrisyia bgn dgn muka yg ceria. Owh, sudah sihat anakku! Tapi aku lak makin teruk. Kena cirit birit melampau dari pagi sampai mlm. Kat rumah tu, ada sorang lagi kena jugak. So maybe food poisoning la. Tapi org lain takde ape2 pun. Plus, aku bknnye mkn sgt. Kalau la nak kata sbb tilapia merah yg aku mkn tu, ala.. tak sampai 2 sudu pun isi ikan tu yg aku mkn. Tu pun terkeluar blk. Doctor bagi aku MC utk hari nie tapi aku ttp datang kerja. Rasanya dah sihat sikit. Kalau duduk rumah pun, boring la.

Doktor kata,

1) Jgn mkn makanan pedas.
2) Jgn mkn makanan berminyak.
3) Jgn minum susu
4) Minum byk air.

This morning, aku mkn nasi lemak lauk ayam goreng. Sgt tak mendengar ckp doctor kan? Okay, I have my own reason.

Kerana tak mkn nasi 2 hari, my milk production agak merudum. So I need protein.. and nasi. Opps, adakah ini alasan semata-mata? Saya sgt lapar okay. 2 hari tak mkn. Sila la kesian sikit.

Air kosong sudah mula terasa sedap kembali! Jam baru pkul 11 tp air yg aku bawa dari rumah sudah hampir habis. Btw, aku tak minum air masak kat office nie. Entah la, ku ragui tahap kebersihannya.

2 scribble(s):

luna said...

sian umi liz & batrisyia,
sue pun dah tak panik bila iki demam
asalkan dia aktif bergerak, maknanya dia ok :)
tak perlukan ubat,biar antibodinya berusaha sendiri
dan susukannya sekerap mungkin.

liz, sue memang jaga pemakanan sue masa menyusukan ni. sue makan dengan banyak.tak pernah skip, tak peduli org kata mok mok bam bam.

jangan skip makan ye, kalau tak lalu mkn, cari makanan yang lize lalu sampai jumpa (maksud sue, suh abg izat carikan..ahah)

Liz said...

sue tak mok mok bam bam la. sue je yg terlebih perasan. huhuhu.

sy seboleh-boleh taknak skip mkn sue. sy tak skip pun. tp bila mkn, muntah blk. sudahnya minum milo aje. tu yg rasa loya je.

cari makanan yg lalu mkn sampai jumpa? haha. sudah ku buat itu.

ahad siang tu, abg izat takde kat umah. menolong ayah dia 'mengopak' pintu kereta bapak dia sndr kat jalan inai sbb kunci keta hilang. dia blk malam tu, baru la sy suh dia carikan telur bungkus utk dimkn.

isnin tu, dia keje. tak dpt nak suh sapa2 carikan makanan utk saya. saya masak kat rumah utk semua org tp saya sndr tak mkn sbb sakit perut. sedih x? heheh..

tu psl smalam, saya qadha mkn dan telan semua benda.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.