Monday, February 23, 2009

Cik adik manis yg dah besar sikit

Dapat tahu dr hubby, barang yg kami order insya Allah akan dpt Rabu depan. Apa barangnya? Will update later. (Ceh, baik takyah bgtau skrg kan? Hehehe..)

Saje nak menepek gambar Batrisyia. Tgh boring nie.

Gambar ni diambil minggu lepas. Hubby sedang main street racing kat laptop. Si anak pulak memandang screen dgn penuh minat. Dia pandang aku sekejap je weih. Pastu, dia pandang screen tu balik. Agaknya dia suka tgk kereta tu bergerak.

Ni pulak gambar yg diambil masa gath semalam. Kat playground. Dia mcm suka je pegi playground. Nampaknya kena selalu bawa dia ke sana bila dah besar sikit nanti.

Ni pun gambar semalam. Ada byk gambar dia meniarap. Tapi aku share yg nie je la. Rambut dan penampilan agak serabai sbb baru lepas digomol oleh parents nya.
Akhir-akhir ni, Batrisyia mcm suka tidur lambat. I mean, bila dia betul-betul tidur lena. By 8pm, dia sibuk nak main-main dulu. Puas la kena bergelak ketawa dgn dia, kena geletek dia, kena acah dia.. mcm2 la kena buat. By 9pm, dia mula lapar. Kena bg minum. Pastu, dia akan tidur dgn nyenyak di pangkuan aku. Tapi bila aku letak dia kat atas tilam, bagi la dlm 10 minit, dia akan terjaga semula. Aduh, letih. Pkul 10.30pm, bila bwk dia masuk bilik, pasang lampu tidur, bagi dia susu.. baru la dia tidur lena. Rasanya dia hanya mahu tidur dlm bilik dia sendiri.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.