Tuesday, February 03, 2009

Bila Batrisyia sudah meniarap

Baru selesai membuat tag nie. Hehe. Kd, hutang mu sudah ku selesaikan.

Cuti hujung minggu aku habiskan dgn bermain dgn Batrisyia. Budak ni semakin lasak. And erm, byk kerenah. Hahah. Semenjak dah boleh meniarap nie, dia agak merengek. Bila nak meniarap je, mulut 'berckp'. Sibuk nak bgtau "Haaaa, sila la tgk. Saya nak meniarap nie". Pastu, bila dia meniarap ke kiri, tgn kiri dia mesti tersepit kat bawah. Dia pun akan cuba la melepaskan tgn tu tp tak boleh. Bila tak boleh, dia mula menangis. Terpaksa la pujuk dia dgn membawa dia berjalan-jalan satu rumah.

Bila dia senyap, aku baringkan dia semula. Dia akan cuba meniarap balik. And proses di atas akan berulang lagi! Adeh, penat melayan okay. Susah-susah, sumbat susu je. Terus diam. Hahaha.

Air liur dia juga byk meleleh.. DROOLINGGGGGG... Ramai yg bertanya, "Ape yg tak dpt mkn time mengandung dulu?". Hahaha, saya cukup mkn. Ape yg nak mkn, semua dpt! So air liur dia takde kaitan dgn kempunan ape2 eh. Plus, baby mcm dia nie, mmg la tgh byk air liur. Asyik hisap jari je. Sungguh, bila dgr dia hisap jari, rasa mcm jari tu sedap sgt. Rasa mcm aku nak je hisap jari dia tu.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.