Tuesday, February 03, 2009

Ayam Masak Sambal

Bab memasak, aku tak la hebat sgt. Aku suka makan simple-simple aje. Maksud aku, aku boleh masak lauk yg mak aku dah ajar aku sejak dulu. Kalau tang tiru resipi kat buku nie, aku tak berapa buat selalu la.

Masa Uni life, selalu jugak aku masak dgn bebudak rumah. Seronok bila sama-sama pegi JJ utk beli brg dapur. Sama-sama bergotong royong masak kat dapur. Kalau time open house, lagi la syok. Hikhik.

Bila ckp ttg memasak, aku tak nafikan ada yg kurang pandai memasak. Ada jugak yg tak tau masak langsung. Jgn terkejut kalau korang jumpa org yg tak reti potong bawang, siang ikan atau potong carrot tau! Aku dah jumpa org seperti ni. Aku dgn Sue Cinonet sendiri pernah mengajar sorang housemate cara-cara nak kupas dan potong bawang. Masa tu kitorang nak masak Tom Yam Campur. Bila si housemate nie tgk kitorang masak dgn selamba dan jayanya, dia terkejut. Dia rasa kitorang hebat! Aiyoo.. kelakar lak bila pk balik.

Masa umur 7 tahun, mak aku dah suruh tumbuk cili. Tumbuk pakai lesung batu. Bukan guna blender heh. Walaupun cili tu tak berapa lumat (sbb kecik lagi kan so tenaga tu tak kuat), mak aku ttp suruh aku buat. Kecik-kecik dah didedahkan dgn memasak. Lama-lama, resipi tu dah ada dlm kepala. Basic memasak tu dah tau.

Alhamdulillah, walaupun aku tak terror memasak tp boleh la nak masak kan? Hehehe..

Disebabkan tu, aku nak share resipi-resipi yg biasa aku masak. Bila tang memasak ni, selalunya aku main agak-agak je jumlah ramuan. Tapi bila teringat yg ada org mmg xtau nak agak-agak, aku bg la jugak kuantiti bahan-bahan yg diperlukan. Semoga jadi panduan kat org yg tak reti agak-agak. Utk org yg dah reti agak-agak, teruskan agak-agak itu.

Memandangkan aku dah jadi orang Sban-KL, resipi diolah ikut style Sban-KL gak la. Yg di italic tu, aku tambah kalau masak di Cheras. Org Cheras tak mkn pedas

Ayam Masak Sambal

Seekor ayam - dipotong ikut suka nak besar mana.. hehe
5 ulas bawang kecil - dihiris
2 biji bawang besar - dihiris ikut suka nak besar mana
4 senduk (3 senduk) cili kering yg sudah diblender
3 sudu besar sos cili
2 sudu gula
1/2 cawan air
3 biji tomato - dibelah empat atau 6
Minyak utk menggoreng ayam dan memasak

Cara-caranya.
1. Ayam digoreng dan diketepikan.
2. Panaskan minyak utk menumis.
3. Tumis bawang kecil hingga layu. Masukkan cili kering, sos cili dan tumis sampai masak.
4. Masukkan bawang besar.
5. Masukkan 2 sudu gula dan air
6. Biarkan kuah pekat sikit dan bawang lembut.
7. Masukkan ayam. Kacau rata.
8. Masukkan tomato (aku masukkan last sekali sbb tak suka tomato tu lembik sgt)
8. Siap utk dihidang

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.